Monday, February 16

Sesi Orientasi Di ILSM

Hai Asslamualaikum semua !



Minggu lepas last minute dapat email kena pergi kursus orientasi kat ILSM (Institut Latihan Statistik Malaysia) selama seminggu. I was like, "huhh?? keje berlambak, kes baru tak setel lagi, kena pegi gak ke?". Okay, fine! Katanya penting untuk confirmation jawatan. Maka pergi la aku wakil tunggal JP Penang.

Sampai kat sana the first thing yang aku rasa paling penting adalah cari kawan. Cari sekutu sepanjang ada kat sana. Bermula dengan hari pertama, berhai... "apa khabar?" "dari mana?" "lama atau lantikan baru?" sampai la beraku-engkau. Seriously kat sana aku jadi jahat gila. Semua kawan-kawan baru perangai boleh masuk kepala. Orang panggil kitorang geng penjenayah. Kahkahkah! Asal bende jahat je muka kitorang la yang ada dalam kelompok tu. Laki pun tak sejahat kitorang. Beheee~!

Wajah-wajah penjenayah ILSM
Nanie (Kak Yong kawasan), Nurul & Farah

Lagi wajah-wajah penjenayah ILSM
Farah, Kecik & Nurul

Well macam yang aku cakap, bila kita ke tempat baru yang takda seorang pun kita kenal, kita kena cari kawan baru. Tak boleh la nak buat bodoh sombong tak bercampur dengan orang. Tak nak pergi makan la, tak nak join aktiviti ini la. Bila aktiviti lasak je asyik guna alasan sakit kaki la, tak boleh letih sangatlah dan macam-macam alasan yang orang tahu hang sebenarnya berlakon je. Bukan sakit pun. Semua tu alasan tak nak join aktiviti. Percayalahhhh! Kalau hang buat macam tu memang peratusan nak kena pulau memang 200%. Makan pun sensorang. Bukan la tak kesian, tapi hang yang pilih jalan macam tu. As for me, aku yang badan macam ni pun buat je semua aktiviti lasak kat kem PLKN tu. Sebab aku nak gain experience. Tak pernah buat kan, so aku nak gak try. Lantak kau nak kata apa pun. Bwahahaha! 

Aktiviti riadah ceria bersama pakcik-pakcik
dari Biro Tata Negara

Aktiviti Abseiling dan Flying Fox
Percayalahhhhh aku berjaya cabar diri sendiri buat abseilng ni
Flying fox aku tak takut pun dah biasa :D

Ni pertama kali aku cuba aktiviti abseiling ni. Seriously bila kita tengok dari bawah, memang nampak senang. Tapi bila hang dah ada kat atas. Umakk aii! Jantung dup dap dup dap laju gila! Sebab hang kena betul-betul percaya pada orang yang pegang tali dan lepaskan hang dari atas. Sumpah macam nak nangis pun ada. Ingatkan kita pegang tali tu untuk kawal pergerakan kita. Tapi aku silap, tali tu tak ada apa-apa function pun. Haha. Hanya tali kat belakang saja yang kawal kita turun ke bawah. Adeh nak cite memang susah nak gambarkan, korang kena try sendiri. Best gila! Sebelum tu kitorang buat aktiviti pandu arah kat dalam kebun getah dengan sawit. Lawak gila bila group kitorang dah macam backhoe rodok habis pelepah-pelepah kering dalam tu. Pastu aku satu group plak dengan penjenayah Nanie. Hambek la bising dengan suara kitorang je.

Menunggu ketibaan Ketua Perangkawan untuk sesi bergambar

Day 4 : Majlis Makan Malam

Last day : Briefing untuk Majlis Convocation

Kami, PENJANA STATISTIK NEGARA !! :D

Dalam takut-takut nak wefie dengan Datuk KP
akhirnya dapat jugak wefie sekali.. beheee
Datuk sporting !!

Sesi Dialog bersama KP

Taraaaa~~~ Ini bilik aku kat ILSM
memang macam kat hotel kan?
So, sebagai akak yang tak berapa nak akak ni, aku nak ucapkan selamat berkhidmat sebagai penjawat awam pada adik-adik yang baru join Jabatan Perangkaan. Walaupun masa orientasi ada yang lama dan lantikan baru, harap ukhwah yang terjalin tu akan kekal sampai bila-bila. =)

2 comments:

Unknown said...

Nampak sangat ak ko kate penjenayah... klu ak kak yong kawasan ... ko 2 kak ngah jajahan.. �� per pun best giler kat sane.. love it.. like it... miss it..

Farah Zainol said...

kak ngah jajahan pon bole... tapi hg tu ketua penjenayah.. sapa berani lawan habaq mai.. ahahaha.. aku takleh lupa kejadian aku curi belon si GK.. terasa mcm aku jahat gilaaaaa~ padan muka dia.. ekekeke