cuba teka apa aktiviti aku sepanjang aku kat JayBee. haa jawapannya ada pada tajuk entri aku kali ni. sampai sahaja aku di rumah nenek, siangnya sepupu aku ajak aku mencari lokan. dalam hati aku tertanya-tanya, "apa benda lokan tu? tak pernah tau pon!". jadi sebagai seorang yang mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. aku pun ikutkan saja.
dalam hati aku mula berfikir.
"hmm korek tanah selut, ada cacing la kan!" - sesungguhnya aku seorang yang penggeli pada spesis lembik itu.
"bila tanah macam tu mesti ada pacat!" - oh my! ini lagi mengerunkan! tidakkk!
sesampai di tempat mencari lokan. oh hutan paya bakau. memanglah berselut. akar pokok siap berjurai-jurai lagi. air tengah nak pasang. katanya air surut baru boleh cari. tapi kami jalankan misi mencari lokan juga. nak tahu bentuknya macam mana? dia macam kerang, tapi saiznya agak besar. sebesar tapak tangan pun ada. isinya manis. tapi aku tak gemar sangatlah!
hah! ini la lokannya! banyak gila kitorang dapat siap bahagi-bahagikan bagi jiran-jiran lagi |
sampai saja kat darat, baru kami tahu rupa-rupanya makcik aku terdengar bunyi nguapan sebanyak 2 kali dari sesuatu. (kami saspek itu bunyi cik ya aka buaya). sebab situ kawasan paya bakau tak mustahil dia boleh ada di situ. rupa-rupanya ada juga cerita yang mengatakan situ memang wujudnya cik ya. ada cerita yang pernah mengatakan buaya perliharaan sultan johor pernah terlepas dari kolam. itu aku tak tahu pula la kesalihan cerita tu. at last, semua sepakat tak akan ke sana lagi dah. haaa cuakkk kau nyahh!
seterusnya, sejak 3 hari lepas, aku dan sepupu aku nak menjalankan misi mencari ketam dan tiram. tapi hajat asyik tak kesampaian atas sebab air selalu pasang bila kami sampai. semalam masa sampai pun hujan turun selebat-lebatnya siap guruh dan petir lagi. menakutkan betul!
see see.. kan hujan tuuu! by the way, di seberang sana adalah Singapore ye. |
tu kapal korek Singapore. dengan confident nya aku jawab. |
hari ni kami pergi lagi awal pagi. kononnya nak pergi masa air laut surut. padahal tak tahu pun air surut pukul berapa. sampai di sana, orang kampung kata air surut. oh! this is the time baby! teruja ni! tapi air masih belum surut habis. kena tunggu lagi sampai betul-betul surut baru boleh cari ketam di celah-celah batu.
dalam batu ni ada ketam. serious! |
di bawah jabatan ni pun ada ketam. nampak tak air masih belum surut habis, kena tunggu lagi. |
tapi malangnya, misi mencari ketam tak kesampaian juga sebab lagi dikorek dalam batu, lagi dalam perginya encik crab ni! hampaaa! aku teringin nak tengok macam mana encik crab ni ditangkap dan dikerat-kerat tanpa belas kasihan. dah tak ada masa dah, esok aku dah nak balik ipoh. haishh!
disebabkan tak ada ketam, kami memulakan pula misi mencari tiram. harap-harap dapatlah mutiara barang sebiji dua kan. hihi. aku tipu je. tiram ni tak ada mutiara lah. sebenarnya aku pun tak tahu macam mana rupanya. rupa-rupanya tiram ni melekat pada batu. kita kena korek dia keluar dari batu baru dapat cangkerangnya.
haaa inilah dia cik tiram suriram ram! |
cik tiram ni melekat pada batu macam ni ye kawan-kawan |
kita kena korek dia keluar dari batu tu. agak mencabar juga proses ni. |
cik tiram yang degil! susah betul nak korek! |
siap direbus setelah dicuci dengan berus sabut. kena berus untuk buat pasir ye kawan-kawan. rasanya sangaaatttt shedappp! serious! |
No comments:
Post a Comment