Saturday, December 29

DURIAN CREPE Batu Gajah, Pusing & Ipoh

Durian Crepe ! Durian Crepe !
Haa mai beli.. mai beli..
Dijamin sedap !

1 paket hanya rm10 (ada 5 pcs)
Beli 5 paket percuma 1 paket

Boleh didapati dalam pelbagai perisa lain seperti strawberry, blueberry, mango, nenas dan sebagainya.

Penghantaran percuma di area Batu Gajah, Pusing, Ipoh dan Seri Iskandar sekiranya anda beli 3 paket dan ke atas.

Kami juga menerima tempahan untuk majlis-majlis keramaian seperti hantaran untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.

Sila sms kami di nombor 0126406263 untuk tempahan.

(^___^)


Sunday, December 23

Misi Mencari Lokan, Ketam Dan Tiram

hey ho..

cuba teka apa aktiviti aku sepanjang aku kat JayBee. haa jawapannya ada pada tajuk entri aku kali ni. sampai sahaja aku di rumah nenek, siangnya sepupu aku ajak aku mencari lokan. dalam hati aku tertanya-tanya, "apa benda lokan tu? tak pernah tau pon!". jadi sebagai seorang yang mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. aku pun ikutkan saja.

dalam hati aku mula berfikir.

"hmm korek tanah selut, ada cacing la kan!" - sesungguhnya aku seorang yang penggeli pada spesis lembik itu.

"bila tanah macam tu mesti ada pacat!" - oh my! ini lagi mengerunkan! tidakkk!

sesampai di tempat mencari lokan. oh hutan paya bakau. memanglah berselut. akar pokok siap berjurai-jurai lagi. air tengah nak pasang. katanya air surut baru boleh cari. tapi kami jalankan misi mencari lokan juga. nak tahu bentuknya macam mana? dia macam kerang, tapi saiznya agak besar. sebesar tapak tangan pun ada. isinya manis. tapi aku tak gemar sangatlah!

hah! ini la lokannya!
banyak gila kitorang dapat siap bahagi-bahagikan
bagi jiran-jiran lagi
tapi yang bestnya, bila kita dapat cari banyak-banyak. perasaan tu happy gila. masa tu dah tak kisah cacing or selut. kuku hitam pun tak hairan dah. sebab seronok punya pasal. tengah asyik mencari, tiba-tiba makcik aku suruh packing untuk balik. di belakang makcik aku tengok ada gelombang air. "aku terdengar sesuatu. nanti kat atas baru aku cerita." nak tunggu lagi? kelam kabut kitorang naik atas darat.

sampai saja kat darat, baru kami tahu rupa-rupanya makcik aku terdengar bunyi nguapan sebanyak 2 kali dari sesuatu. (kami saspek itu bunyi cik ya aka buaya). sebab situ kawasan paya bakau tak mustahil dia boleh ada di situ. rupa-rupanya ada juga cerita yang mengatakan situ memang wujudnya cik ya. ada cerita yang pernah mengatakan buaya perliharaan sultan johor pernah terlepas dari kolam. itu aku tak tahu pula la kesalihan cerita tu. at last, semua sepakat tak akan ke sana lagi dah. haaa cuakkk kau nyahh!

seterusnya, sejak 3 hari lepas, aku dan sepupu aku nak menjalankan misi mencari ketam dan tiram. tapi hajat asyik tak kesampaian atas sebab air selalu pasang bila kami sampai. semalam masa sampai pun hujan turun selebat-lebatnya siap guruh dan petir lagi. menakutkan betul!

see see.. kan hujan tuuu!
by the way, di seberang sana adalah Singapore ye.

tu kapal korek Singapore.
dengan confident nya aku jawab.

hari ni kami pergi lagi awal pagi. kononnya nak pergi masa air laut surut. padahal tak tahu pun air surut pukul berapa. sampai di sana, orang kampung kata air surut. oh! this is the time baby! teruja ni! tapi air masih belum surut habis. kena tunggu lagi sampai betul-betul surut baru boleh cari ketam di celah-celah batu.

dalam batu ni ada ketam. serious!

di bawah jabatan ni pun ada ketam.
nampak tak air masih belum surut habis, kena tunggu lagi.



tapi malangnya, misi mencari ketam tak kesampaian juga sebab lagi dikorek dalam batu, lagi dalam perginya encik crab ni! hampaaa! aku teringin nak tengok macam mana encik crab ni ditangkap dan dikerat-kerat tanpa belas kasihan. dah tak ada masa dah, esok aku dah nak balik ipoh. haishh!

disebabkan tak ada ketam, kami memulakan pula misi mencari tiram. harap-harap dapatlah mutiara barang sebiji dua kan. hihi. aku tipu je. tiram ni tak ada mutiara lah. sebenarnya aku pun tak tahu macam mana rupanya. rupa-rupanya tiram ni melekat pada batu. kita kena korek dia keluar dari batu baru dapat cangkerangnya.

haaa inilah dia cik tiram suriram ram!

cik tiram ni melekat pada batu macam ni ye kawan-kawan

kita kena korek dia keluar dari batu tu.
agak mencabar juga proses ni.

cik tiram yang degil!
susah betul nak korek!

siap direbus setelah dicuci dengan berus sabut.
kena berus untuk buat pasir ye kawan-kawan.
rasanya sangaaatttt shedappp! serious!
okay la, penat menaip. nanti jumpa lagi. bye!

Saturday, December 22

Langkawi Trip With Family!

salam semuanya..!

cuti-cuti takda buat apa-apa ni aku ingat bolehlah aku giat menghidupkan blog aku dah lama tak bernyawa ni. aku nak kongsikan pengalaman aku bercuti di Pulau Langkawi awal bulan lepas. Aku tahu ramai yang dah pergi, malah berkali-kali dah bercuti di Pulau Langkawi dan akan kata, "hak alah minah ni. langkawi je kot! kecoh gila!". tapi aku tetap nak kongsikan pengalaman aku kat sana. lantak aku la kan. hehe

kami mulakan perjalanan kami dari ipoh pada pukul 8.00malam. cadangnya nak naik ferry di Kuala Perlis. tapi kami singgah dulu di tanah kelahiran ku di Penang untuk pekena naik kandaq. sampai di kuala perlis dalam pukul 4 pagi. itu pun kereta bawak perlahan je. kami naik ferry yang beroperasi pada pukul 7.00 pagi, itu pun sesak yang teramat sangat. 


Landcons Hotel
betul-betul berhadapan bangunan Underwater World

hotel jugak berhadapan dengan McD
produk yahudi.. hehe

Galeria Perdana
Harta yang dihadiahkan pada Tun Dr Mahathir dari seluruh dunia

Atuk tua dan Afiq








basikal kayu
basikal ni betul-betul boleh naik tau!

hey hey hang tuah!
ini di Makam Mahsuri

Inilah Makan Mahsuri
mengikut cerita orang. tak tau la betul ke tak.
sebab ada yang kata Mahsuri dibunuh di Padang Maksirat.

Telaga Mahsuri
Budak-budak yang degil tak dengar cakap kalau minum air ni
insyaAllah jadi baik. hehe

Ramai betul orang yang ambil air dari telaga ni

inilah wajah Mahsuri.
wallahualam.

tempat beradu Mahsuri

Dataran Lang

Taman Buaya Langkawi


Dalam Skycab di Langkawi Cable Car

Permandangan dari dalam skycab
Underwater world Langkawi

pinggu.. pinggu!
comel kan?


shark fish. rasanya..

ini adalah obor-obor
cantik macam ribbon

anak obor-obor.
cute kan?

beluttt

masa untuk pulang
nasib baik ada abang ni tolong angkat barang yang banyak tu

sampai di jetty kuala perlis

kesimpulannya, Pulau Langkawi ni sesuai untuk orang yang kaki shopping, suri rumah dan pemborong rokok-rokok serta coklat import. sebab semuanya tak dikenakan cukai. mama aku suka la borong pinggan mangkuk segala. beratus-ratus jugak habis. 

semua tempat-tempat yang aku tunjukkan tu sebenarnya aku dah pernah pergi dulu. jadi takda la teruja sangat. hehe. banyak lagi gambar yang aku nak kongsi bersama, tapi tak larat pula nak upload satu-satu. cukup sampai sini ya kawan-kawan. bye!

Friday, December 21

Status Aku Sekarang! Jangan Tanya Lagi!

salam buat semua..

apa perkembangan aku sekarang? bagi aku sekarang ni, semua pertanyaan mengenai hal kerja akan buat aku maki orang tu dalam hati. jadi di sini biar aku terangkan status aku sekarang.

status aku sekarang adalah PENGANGUR YANG BERTAULIAH. aku ulang lagi sekali, aku adalah PENGANGUR buat masa sekarang ni sebab contact aku dah cukup setahun. so lepas ni siapa yang tanya aku macam mana kerja aku sekarang, apa aku buat sekarang or hang dah habis contract dan sebagainya, soalan itu tidak akan dilayan sebab soalan itu akan mengundangkan stress dan cacian dalam hati aku. sebab bukan seorang dua yang tanya, berlambak-lambak orang tanya aku soalan yang sama. jadi aku harap habis takat di sini saja ya kawan-kawan.

biasalah, kerja dengan bank yang mengamalkan perbankan islam (kononnya! nama bank dirahsiakan) sendiri dah menindas orang islam sendiri. haa acaner tu? di mana pekerja contract dianaktirikan. (okay, aku sedar diri yang kami sekadar PEKERJA CONTRACT). bayangkan, masa bulan puasa lepas, kurma pun bagi pada permanent staff saja. bukan la nak sangat pun kurma tu, boleh je beli sendiri, tapi di situ dah nampak ke'bias'an tu macam mana.

jadi berbalik pada topik tadi, ramai yang nasihatkan aku cari kerja lain. jawapannya, YA AKU MEMANG SEDANG MENCARI. kau ingat kerja sekarang ni senang nak cari? boleh main petik je kerja apa yang kita nak? kau salah. bagi aku kerja kena memilih. kau sanggup ke kerja kat tempat yang kau tak selesa? boleh je kau kerja situ tapi kau akan kerja dengan hati tak ikhlas la. so pendapatan kau dapat tu hasil daripada kerja kau yang tak ikhlas. lepas tu bagi anak bini makan. superb!

jadi sampai sini saje. sekarang aku tengah bercuti sambil hilangkan tekanan di kampung aku, harap sekarang dah clear dan jangan tanya aku lagi. salam.