annyeong haseyo! salam 1 malaysia!
ni nak habaq mai kat hampa semua..
ceq dah dapat kerja lain weh!!! weehooo!!!!!
sungguh tak dijangka.. hari jumaat lepas aku ada pergi satu temuduga kat Bank Muamalat Ipoh.. dalam otak asyik cakap, "hmm mesti tak dapat punya la.. punya la ramai calon.. nak pakai pun 2 orang je.."
pada mulanya ingatkan nak rest selama sebulan kat rumah setelah dengan rasminya menjadi PENGANGGUR TERHORMAT pada hari Selasa lepas.. dah lama tak rasa jadi penganggur.. duduk kat rumah makan, tidur, tengok tv, main gitar, bermalas-malasan.. cukup hujung bulan dapat ikut family aku bercuti kat JB n MERSING..
tup tup.. hari selasa baru-baru ni aku dapat panggilan telefon mengatakan aku dapat kerja kat Bank Muamalat sebagai collector.. pheww.. kira beruntung jugak la sebab dalam banyak-banyak aku jugak yang terpilih.. aku diminta untuk mula kerja hari ni iaitu pada hari Khamis.. aku yang pada mulanya memang plan nak balik perak hari tu, dengan sepantas kilat aku bertolak balik ke perak pada hari tu jugak.. bukan apa, banyak lagi benda aku nak kena buat kat rumah.. nak kemas barang-barang aku yang menimbun gila dalam kerera.. semua aku sumbat.. nak pindah terus ke perak la katakan..
hari ni bermulalah kehidupan aku bekerja di bank.. banyak istilah-istilah bank yang aku kena hafal.. maklumlah bahasa inggeris teman idok ler hebat mana ye dak.. hari ni pc aku masih belum aku terima.. so nak belajar buat kerja guna system yang ada memang susah.. bertambah-tambah susah aku nak belajar dengan tak ada pc kat meja aku.. tapi orang kata susah tu boleh ditangani.. kita kena ada kesungguhan untuk belajar.. baru hari pertama aku kerja kan.. jadi sabar-sabar dulu.. nanti pandai la, bak kata colleague aku yang baru.. hehe.. oh ya.. tugas aku adalah untuk kutip hutang dari customer.. contohnya customer yang tak bayar hutang pinjaman perumahan, personal dan rumah kedai.. aku kena sentiasa update customer jumlah yang dorang kena bayar dan tertunggak.. kalau tak jalan gak aku akan bagi surat peringatan.. kalau tak bayar gak aku akan bagi notis.. kalau tak jalan gak aku akan bagi kes ni kat peguam untuk tindakan mahkamah.. kalau mahkamah putuskan untuk lelong.. hah nasib la.. rumah dorang kena dilelongkan.. lelong lelong lelongg... murahhh...
korang pernah dengar tak staff-staff bank terutamanya yg beragama Islam kena mengaji al-quran dan mendengar tazkirah pada waktu kerja? yes! kat bank aku ada.. terkejut jugak aku.. kenapa kena ada benda-benda macam tu? tahu la bank muamalat ni berlandaskan Islam.. hari-hari nanti semua orang yang beragama Islam kena berkumpul laki dan perempuan untuk mengaji al-quran beramai-ramai.. lepas tu akan ada tazkirah sampai la pukul 11am.. lepas tu baru boleh mulakan kerja.. erkkk? apakah ini? hmmmphh.. takpelah.. pengalaman kan..
No comments:
Post a Comment