Friday, July 1

Astro yg semakin melampau!



salam jumaat buat semua.. mesti semua dah tahu tentang kenaikan bil astro bukan? pihak astro akan naikkan harga langganan mengikut pakej yg diambil sekitar RM1-RM15.. tak cukup-cukup ke dengan keuntungan mereka sebagai syarikat penyiaran televisyen berbayar yg hanya dimonopoli oleh mereka sahaja..? 




disebabkan takda pilihan.. rakyat terpaksa jugak melanggan servis mereka.. bukan sebab nak menonton segala macam saluran yg dilanggan.. tapi cuba fikir, kenapa ada rumah di kawasan pendalaman, yg rumahnya tersangat uzur, memperlihatkan kemiskinan yg mereka alami.. tetapi ada piring astro di atas atap zink mereka.. kenapa mereka melanggan astro? nak tengok akademi fantasia ke? atau maharaja lawak? mereka² hanya nak dapatkan signal yg terang untuk menonton saluran² media prima (tv 3 terutamanya).. untuk menonton berita utama jam 8.. untuk dapatkan info² berguna.. tak kasihan ke mereka yg duduk di pendalaman nak tengok berita pun tak boleh disebabkan tak dapat signal yg terang dengan berbekalkan areal yg ala² garfu itu? dan disebabkan itulah mereka terpaksa melanggan astro.. 


selain tu, iklan yg terlampau banyak.. pelangan yg melanggan bukannya nak menonton iklan.. mereka bayar untuk menonton saluran kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan terutamanya iklan.. kalau iklan yg disiarkan secara pendek masih boleh diambil kira.. tapi kalau iklan yg terlalu panjang.. yg buat orang tertunggu-tunggu untuk menonton.. siapa yg suka? cuba habaq mai sat! jangan la nak untung semata² tapi tak fikir tentang rakyat.. dengan iklan sahaja mereka dah dapat untung yg sangat banyak.. takkan masih nak naikkan harga bil astro? aku siap ada dengar staff² astro dapat bonus lebih dari 10 bulan! ini bermakna keuntungan yg mereka dapat tersangatlah banyak.. tapi kenapa masih nak naikkan bil?


khidmat pelanggan yg diberikan pun sangat teruk.. pernah sekali tu baba aku call untuk cancel pakej variety yg family aku langsung tak tengok.. ambil pun sebab masa mula² langgan, baba kena pilih 3 pakej untuk langgan tu pun dengan kontrak 2 tahun kalau tak salah aku.. so baba cuba call, tapi telefon langsung tak berjawab.. yg jawab hanya mesin.. setelah cuba berkali-kali baru berjawab.. dan tiba² tup PUTUS! tak ke hangin orang tua tu?? call lagi dan tak jawab.. banyak lagi feed back tentang customer service mereka ni yg kebanyakan tak baik.. dan kalau terlupa nak bayar walaupun sehari, tak ada kompromi punya.. no mercy! terus potong.. then kalau nak aktifkan balik lepas bayar bil.. KENA BAYAR LAGI..!




ni aku nak tambah satu lagi point.. korang tau kan saluran astro first? yg tayangkan filem² melayu terutamanya.. langgan tapi filem yg sama saja yg akan ditayangkan.. tengok sampai muak.. dengan wujudnya saluran astro first ni.. secara tak langsung menggalakkan dvd cetak rompak! nak dijadikan cerita, aku ke road walk, dan tersinggah kat gerai jual dvd.. so ada cerita yg baru keluar.. aku pun buat keputusan untuk beli.. (hehehe.. kantoi disini..) bila pasang dvd tu kat rumah.. aku terus rasa tertipu sebab lanun² cetak rompak ni rakam dari astro first! terpampang icon FIRST tu kat tv.. so aku terfikir, astro first ni menggalakkan dvd cetak rompak..! sangat tak bagus bukan?


actually tak kisahlah kalau mereka nak naikkan bil astro sekalipun KALAU servis yg diberi sangat superb.. ini servis pun lame.. bila hujan je service unavailable.. customer service pun macam tak ikhlas buat kerja.. iklan yg berlambak².. cerita yg dok ulang tak habis².. macam ni nak naikkan harga..? mereka perlu sedar, orang langgan pun sebab tak ada pilihan.. cuba bayangkan kalau semua orang BOIKOT astro? tak ke naya.. semua back to basic.. tengok tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8 , tv 9 dan tv hijrah je.. padan muka depa!




p/s: kalau nak naikkan bil sila la tingkatkan prestasi dulu.. baru la orang tak complain.. aparaaaa...!

1 comment:

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih