Wednesday, February 13

Pengurusan Harta Peninggalan Arwah Mak Pak Kita

Helo Hai Assalamualaikum...


Lama sudah tinggalkan dunia blog-blog ni. Tapi tiba-tiba hati tergerak nak berkongsi pengalaman akak uruskan semua harta peninggalan arwah mama dan abah akak. Disebabkan ramai sungguh yang bertanya, maka nanti akak huraikan satu persatu cara kita nak tuntut hak kita sebagai anak untuk urusakan harta yang ditinggalkan pada kita. Tapi apa yang akak share ni adalah based on pengalaman akak dan ikut cara akak. Sejujurnya agak rumit sebab akak memang tak pernah ambil tahu langsung. Tapi atas dasar anak sulung, akak terpaksa galas tanggungjawab ni. Tak perlu harap pada pak-pak dan mak-mak saudara. Sebagai anak biar kita uruskan sendiri tanpa campur tangan pihak ketiga.

Yang pertama sekali, hampa kumpulkan segala harta-harta yang arwah ada. Contohnya, geran tanah, geran rumah, buku simpanan bank, buku asb, buku tabung haji, geran kenderaan dan lain-lain. Tapi sebelum tu haruslah hampa dah ada segala dokumen seperti sijil kematian arwah, sijil kelahiran semua anak-anak (waris), sijil nikah arwah (kalau diminta), ic semua waris. Segala dokumen yang berkaitan ni hampa photostat la siap-siap, banyak-banyak lagi bagus.

Dalam kes akak, arwah mama pernah kata, kalau apa-apa jadi pada dia, dia suruh akak cari semua dokumen tu dalam satu kotak atas almari kat rumah. Masa tu akak tak terpikir pun kenapa mama cakap macam tu. Bila dah tak ada baru akak tergerak nak cari semua tu. Gigih akak selongkar satu-satu kotak yang arwah simpan. Alhamdulillah jumpa semua. So dalam kes akak, apa yang akak jumpa ialah buku asb, geran rumah (2 buah) dan geran motor. Dekat setahun juga baru akak mula nak selesaikan semua ni. Tu pun lepas tanya macam-macam pengalaman orang. Tabung Haji awal-awal dah selesai sebab arwah ada letak penama tu pun sepatutnya akak sebagai anak sulung yang buatkan tapi ada campur tangan ketiga buatkan. Akak dalam pantang lagi masa tu. Tak meyabor orang kata. End up macam-macam benda tak elok jadi yang akak kena hadap. HUh, abaikan benda ni.

Disebabkan arwah mama akak adalah seorang anggota polis yang dah berpencen. Perkara pertama lepas arwah meninggal dalam 2 3 bulan adalah ke Putrajaya untuk selesaikan hal berkaitan pencen arwah. Kad pesara perlu dipulangkan ye anak-anak. Ini untuk maklumkan pada KWAP bahawasanya, arwah telah meninggal dan waris perlu isi form pengesahan. Dokumen-dokumen di atas tu sila bawa sekali. Borang khairat kematian juga akan diberi pada waris untuk diisi. 

Yang keduanya, sekiranya arwah mak pak hampa adalah kakitangan kerajaan yang beli rumah menggunakan pinjaman perumahan awam (LPPSA) dan masih belum habis bayar, hampa kena juga ke LPPSA untuk maklumkan arwah telah meninggal dunia. Yang ni sangat penting ye. Sebab kalau hampa tak maklumkan, pemotongan akan diteruskan. Lagi-lagi kalau pemotongan tu direct dari akaun bank. So ini bertujuan untuk menghentikan pemotongan dari terus berlaku dan juga untuk claim insurans dari pihak perumahan. Macam kes akak, arwah ada ambil insurans sekiranya penama telah meninggalkan dunia, segala baki pembayaran akan ditanggung oleh pihak insurans. Waris tak perlu bayar apa-apa. Cuma sekiranya pihak LPPSA buat pengiraan yang perlu waris bayar, itu perlu bayar. Macam kes akak, akak tak perlu buat apa-apa bayaran. Perlu isi borang pengesahan dan juga borang khairat kematian di sini. Untuk jumlah baki bayaran yang tinggal, pihak LPPSA akan pos surat maklumkan berapa jumlah keseluruhan. Untungnya akak kat sini, pihak insurans perlu bayar baki lebihan sebanyak rm12k+ pada akak sebab ada lebihan bayaran. Yang ini ikut pada pengiraan mereka ye. So akak lampirkan alamat KWAP dan LPPSA kat bawah ni untuk rujukan hampa.

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Alamat: Skytech Tower 2, Jalan Teknokrat 2, 
Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: 03-8887 8777

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Alamat: No.9, Kompleks Kementerian Kewangan, 
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62592 Putrajaya.
Telefon: 03-8880 1600

Okay, tadi tu cerita selepas 2 3 bulan arwah meninggal. Lepas dah dapat segala surat surat (setahun juga akak ambil masa, sebab kekangan masa dan anak kecil lagi), baru akak start buat tuntutan harta semua sekaligus. Apa yang akak buat ialah akak ke ASNB sebab akak nak tanya macam mana akak nak keluarkan duit arwah. Pegawai ASNB maklumkan akak tak boleh keluarkan sebab amount melebihi RM10,000. Dia tanya lagi, apa plan akak seterusnya. Akak masa tu hanya terfikir Amanahraya saja. Pegawai tu tak sarankan akak ke Amanahraya. Dia tanya ada tak harta-harta lain seperti tanah atau rumah arwah. Katanya, kalau ada harta tak alih (tanah atau rumah) seeloknya terus ke pejabat tanah. Sebab kalau ke Amanahraya, servis caj mereka tersangatlah tinggi berbanding pejabat tanah. Pejabat tanah pula kita boleh kumpul segala harta yang ada sama ada harta tak alih (tanah atau rumah) dan harta alih (wang simpanan, asb, kenderaan dan sebagainya) dan caj dikenakan sangat rendah. Dan diingatkan di sini, kalau tanah atau rumah tu di Perak atau negeri lain, hampa kena ikut daerah pentadbiran tanah atau rumah tu ye. Jangan pula tanah kat Perak hampa pergi pejabat tanah kat daerah Penang.

Maka bermulalah perjalanan akak sebagai penuntut harta. Hehe. First, akak terus ke pejabat tanah daerah Batu Gajah. Arwah ada 2 rumah. 1 di Ipoh dan 1 di Batu Gajah. Geran rumah di Ipoh adalah 1/2 bahagian nama akak dan 1/2 nama arwah, manakala rumah di Batu Gajah adalah 1/1 bahagian nama arwah. Silalah bawa geran lama yang ada tu dan segala dokumen seperti akak sebut di atas untuk mohon perbicaraan harta pusaka kecil di pejabat tanah tu. Bagi segala dokumen geran rumah, tanah, kenderaan, buku simpanan, buku asb, buku tabung haji, surat lebihan pembayaran perumahan (yang akak dapat tu, kalau hampa pun dapatlah) dan lain-lain. Bagi yang original dan photostat ye. Dan ada form yang perlu diisi. Selesai isi form, pegawai tersebut akan minta untuk tunggu surat panggilan untuk bicara dari pejabat tanah. Surat akan sampai dalam masa 3 bulan kalau diikutkan dalam piagam pelanggan pejabat tanah. Ohya, tiada bayaran dikenakan sampai tahap ni.

*semasa isi form, pegawai pejabat tanah akan tanya waris-waris yang masih ada. Sekiranya, arwah masih ada mak ayah, mereka juga perlu hadir. Dan adik beradik yang masih ada perlu hadir. Macam kes akak, arwah mama dah tak ada mak ayah (meninggal dah lama), jadi pegawai tu tanya ada sijil kematian tak, akak jawab memang tak ada sebab dah meninggal lama. Arwah opah meninggal sebelum akak lahir lagi, arwah atok masa akak darjah 3 kalau tak silap. Sijil Kematian memang takda dalam simpanan akak. Pegawai tanya lagi, ingat tarikh mati tak, akak jawab memang tak ingat. Tapi akak boleh la usaha untuk cari. Haaaa.. kalau hampa nak tau, tengah-tengah hari rembang, akak dengan laki akak pegi tanah perkuburan cari kubur arwah opah ngan atok untuk ambil gambar dan tarikh sebagai bukti kalau Hakim minta masa hari bicara tu nanti. Nasib baik jumpa. Hehe. So selesai dah hal tu, nasib baik juga ada waris lelaki iaitu adik akak. Kalau takda dah kena panggil 'yang lain-lain'. Bab tu je dah menyusahkan semua benda nanti.


BORANG D - mengesahkan akak mohon untuk pendengaran dan bicara harta


Jadi, dah selesai 1 bab. Hanya perlu tunggu surat panggilan bicara. Dan alhamdulillah, tak sampai sebulan surat dah sampai. Cepat betul depa buat kerja. Hehe. Sampai hari bicara, yang masuk dalam bilik perbicaraan adalah akak dan adik laki akak. Tak perlu pun buat FARAID bagai. Boleh buat secara MUAFAKAT adik beradik. Kami pun dua beradik je. Bicara ni untuk tentukan bahagian banyak mana nak dibahagikan pada kami mengikut persetujuan waris. Seeloknya bincang elok-elok dulu sebelum mula bicara. Yang menjadikan susah bila ada yang tak setuju bila masuk bilik bicara. Yang ni kalau adik beradik ramai selalunya berlaku, so kalau perkara macam ni eloklah buat sistem FARAID. Setakat 2 beradik macam akak, muafakat sudah. Tak payah nak rumitkan benda mudah.

Surat akuan terima ni disertakan sekali tarikh bicara yang kena kita hadir

Tunggu giliran

Selesai bicara, hampa akan diminta untuk buat bayaran bagi servis caj. Kalau tinggi jumlah harta maka bayaran pun lebih la sikit. Akak kena bayar dalam RM750+ kalau tak silap untuk 2 buah rumah, ASB, bayaran lebihan insurans LPPSA dan kenderaan. Semua tu ikut penilaian harta semasa ye. Sama juga tempoh surat kena tunggu dalam masa 3 bulan.

Tak sampai sebulan juga, surat sampai. Sila check setiap muka surat ada cop dari pejabat tanah ye. Kalau tak ada kena pegi balik untuk minta cop. Hehe. Akak terkena 1 muka surat takda cop. Dah susah kan diri pegi balik Batu Gajah semata-mata 1 cop. Haihh. Dah dapat surat ni boleh la hampa pi tuntut ikut pembahagian yang dah ditetapkan masa bicara dulu tu. Nak tukar nama kat geran rumah atau tanah, macam biasa kena pergi pejabat tanah. Nak tukar nama geran kenderaan, sila pergi JPJ. Nak tuntut duit simpanan, sila ke bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya. 

Perintah pembahagian ni akan diberi mengikut bilangan harta yang dituntut.
Kalau banyak rumah maka banyaklah yang depa bagi. Macam akak 5 ja.
Ambil surat perintah ni pergi tuntut kat tempat-tempat yang berkaitan.

DAN SELESAI SUDAH SEMUA URUSAN. Sebenarnya tak susah pun, yang merumitkan bila kita berurusan dengan badan kerajaan ni, jangka masa tu agak lama. Jadi kena sabar. Kena fikir yang semua tu takkan lari. Akan jadi hak kita juga nanti. Dan kena fikir bukan kita seorang saja yang berurusan. Akak ni dari zero knowledge pasal semua tu terus jadi tahu. Kena ambil tahu. Bila dah ada pengalaman sendiri, boleh juga akak jawab pertanyaan dari kawan-kawan. Akak sedia kongsi apa yang akak dah belajar sepanjang pengurusan harta arwah ni. Kalau ada pertanyaan boleh tanya ye.

Diingatkan di sini, kalau ada HARTA TAK ALIH SEPERTI TANAH DAN RUMAH baik hampa terus pergi pejabat tanah. Jangan buang masa ke AMANAHRAYA. Caj depa tinggi. Ini dinasihatkan oleh pegawai ASNB tu sendiri. Di pejabat tanah boleh kumpulkan segala harta alih bagi depa yang uruskan kuasa pentadbiran. Dan nak mudahkan urusan pembahagian masa hari bicara sila bincang secara MUAFAKAT. Stick to apa yang dimuafakatkan. Jangan tiba hari bicara seorang tak setuju. Dah kena mulakan balik dari awal. Proses akan jadi lagi panjang dan lama. Silap-silap hakim suruh buat FARAID. Huhu. 

Harap perkongsian akak ni dapat memanfaatkan semua. Sekian..


Wednesday, October 25

Lahirnya Mat Farrel Yang Dinanti

Assalamualaikum..

Finally aku buka jugak blog ni setelah dekat setahun lebih kosong tanpa ada apa-apa post. Last yang aku update pun pasal aku miscarriage dulu. April 2016 kalau aku tak silap. Huhu.

So harini nak bagitau sekalian alam bahawasanya, aku telah selamat melahirkan seorang putera yang dinanti pada 17 Ogos 2017 yang lepas. Alhamdulillah syukur. Setelah 8 bulan menanti lepas aku miscarriage, aku pregnant balik. Jujur aku bagitau, tiap-tiap bulan bila period lambat je mesti aku tergedik-gedik nak check UPT. Ada yang check senyap-senyap tak bagitau laki aku. Tapi end up asyik negatif jaaaa. Pernah la sampai tahap tak percaya UPT kit yg murah sebab asyik negatif, aku pi beli yang clearblue digital tu. Debar-debar aku tunggu result, last-last NOT PREGNANT. Nyesal dik non, hakak beli mahal pastu result macam tu. Haaa yang tu akak beli senyap-senyap. Huhu.

Perjalanan pregnancy aku bukanlah mudah macam orang lain. Banyak kali keluar masuk hospital. Hospital tu dah jadi macam rumah kedua aku dah. Check up pulak kat dua tempat berbeza. Kat Klinik Kesihatan Ibu Anak dan Klinik Pakar Hospital. Gula naik la BP naik la. Sebab aku ada GDM masa pregnant ni. Nak dekat-dekat beranak lagi laaa, tiap-tiap minggu kena gi check up dua-dua tempat ni. Sampaikan tiap kali check up aku punya takut kalau BP aku tinggi. Aku takmau kena admit weh. Seksa duduk kat hospital tu. 

Jadi disebabkan aku ada GDM, doktor pakar memang plan nak aku bersalin masa kandungan aku 38 minggu. So, masa minggu last check up, tiba-tiba BP aku boleh naik tinggi. Dah rest banyak kali pun masih tinggi. Aku pun tak tau kenapa. End up doktor suruh aku admit, katanya kalau kat wad masih tinggi, aku akan diinduce untuk paksa bersalin. Seram aku masa tu. Dalam hati, ehhh aku dah nak beranak ka? Dah boleh tengok muka anak ka esok? Hari yang sama tu aku kena tahan kat wad. Takdanya depa nak bagi aku balik ambil barang semua. Disuruhnya laki aku yang bawak barang dengan kereta aku nanti kat hospital. 

Masa kat wad aku kena observe kat bilik pre labour okay. Masuk-masuk semua nurse dengan doktor kelam kabut. Dah rasa macam aku nak beranak pulak. Dah la aku sorang je dalam tu. Tapi yang peliknya, kena tahan kat wad BP aku okay ja. Huhu. Kalau diikutkan aku boleh je balik tunggu tarikh serah diri masa 38 minggu. Masa scan pun baby estimated 3kg. Tapi disebabkan masa tu aku dah 37 minggu tepat, depa decide tak payah tunggu 38 minggu sebab berapa hari je lagi. Takut baby makin besar pun satu hal. Aku dah blur masa tu. Semua aku serahkan kat pakar. Maka esoknya 37minggu 1 hari bermulalah episod aku mula di induce.

Sakit kena seluk tu jangan tanya macam mana. Memang rasa nak terajang doktor yang seluk tu. Ubat pertama dah masuk, kena tunggu 8 jam. Result ubat pertama, hanya buka 1 cm. Esoknya 37 minggu 2 hari masuk pulak ubat kedua, resultnya jalan buka 3 cm. Hari seterusnya 37 minggu 3 hari, aku ditolak masuk labour room untuk dipecahkan air ketuban. Well, lepas dah pecah tu aku rasa lega sangat. Serioussssss.... Kalau tak perut tu asyik rasa cekang je. Haaa masa ni datang la doktor pakar bius terangkan pasal epidural. Aku takda pikir panjang dah, memang minta terus la epidural tu. Jadinya sepanjang aku kat LB memang aku tak rasa sakit walaupun ada contraction. Senang cerita aku tak rasa sakit contraction langsung. Lepas 8 jam tunggu, doktor check bukaan jalan hanya 5cm saja. Nak tak nak aku terpaksa kena emergency ceaser. Redha je la aku masa tu. Sampai dalam OT, paling aku benci bila lampu operation yang hala kat aku tu, aku boleh nampak pantulan dari celah-celah besi tu setiap apa yang doktor tu buat. Bayangkan aku boleh nampak macam mana depa belah, jahit semua. Aku siap pandang tepi sebab tak sanggup nak tengok. Saat paling tak dapat nak aku gambarkan bila dengar anak aku menangis dan doktor cakap baby awak dah keluar dah. Aku nampak biru je kulit anak aku. Yela baru keluar dari perut kan. 

Maka lahirlah zuriat Farazzatul Nadariah dan Mohd Ilham Firdaus pada tanggal 17 Ogos 2017 (37 minggu 3 hari) seberat 3.34 kg pada pukul 4.57 petang. Diberi nama Muhammad Farrel Aulian Bin Mohd Ilham Firdaus. Anak soleh yang akan mendoakan aku dan suami aku kelak. Semoga anak mama membesar dengan sempurna dan bijak akal fikiran. Banyak kejadian yang mama tempuh sepanjang lahirnya anak mama ke dunia. Semoga mama juga tabah hadapi semua ni. Alfatihah buat arwah nenek awak. Belum sempat nenek peluk cium awak, nenek dah tinggalkan kita.