Monday, September 15

20 Facts about Farah Zainol ~

Assalamualaikum..

Ecehh.. tajuk macam pepoyo je kan? Terima kasih banyak-banyak la ye Cik Pah sebab hang tagged aku. Aduiii~ Awat la hampa suka sangat dok main benda-benda berantai ni? Takdak kerja ka? Haha. Sesungguhnya aku tak suka benda-benda berantai macam ni. Tapi takpa la. BFF punya pasal (eceh...) ku ikutkan aja.

Tapi sebelum nak berfact-fact ni kan. Aku rasa macam lama jugak aku tak update blog. Bwahaaa. Aku malas nak update sebenarnya. Lebih kepada suka membaca je sekarang ni. Tapi dah alang-alang ni aku update la sikit naaa..

As uolls semua tahu. Aku dah dapat jawatan tetap di Jabatan Perangkaan Malaysia. Alhamdulillah. Allah dengar doa aku. Terima kasih atas rezekiMu Allah. =) Dan hari ini 15 September 2014, jam 8.00 pagi aku dah kena lapor diri kat sana. Excited? Takda la pulak. Sebab sayang nak tinggalkan SUKPP. Lepas ni takda la hampa tengok aku update pasal SSI, CMI, CSI, KOMTAR, ZHUFAIRAH, KOIR, ABANG ENG, event sana sini. Sobss. Sejujurnya aku akan rindukan semua tu. Terima kasih atas memori-memori yang indah belaka. Apa yang akan aku hadap di JPM tu nanti pun entah la. Dah jadi orang Abang Jib plak aku lepas ni. Bwahaaa~

Okay, back to the topic. 20 facts about me. Siap sedia untuk baca. Sebab aku rasa mungkin akan ada lebih dari 20 facts. Hahaha.. kemain!

Satu - Nama sebenar aku ialah Farazzatul Nadariah Binti Zainol Abidin. Nama ni mak angkat aku yang bagi. Fara bermaksud "kegiranganku". Sebab tu aku sentiasa girang gumbira. Ehh.. yeke? :D

Dua - Aku lahir pada 11 Jun 1987 jam 5.20 petang dengan berat 2.52kg di Hospital Bersalin Seberang Jaya. Kenapa seberang? Aku pun tak pasti. Tu kena tanya mama aku. Tapi still aku adalah Penangite sejati. Ekeke.

Tiga - Aku merupakan anak sulung. Gap aku dengan adik lelaki aku adalah 5 tahun. Merupakan cucu sulung perempuan dalam keluarga besar belah mama dan babah aku. Nenek belah babah aku kawin dua kali. So agak complicated skit kalau nak cerita sebab sepupu tiri ramai. Uhhh.. Sila abaikan.

Empat - Penggemar kucing sejati. Aku sangat sukakan kucing. Kalau pergi mana-mana tempat yang ada kucing mesti aku jadi excited. Nak bagi makan dan belai-belai. Kucing pertama yang aku bela namanya 'DOLLER'. 12 tahun keluarga aku bela dia. Sobss.. rindunya kakak kat Doller. =(

Lima - Aku suka main gitar walaupun aku tak berapa pandai. Asalkan bunyi boleh masuk dengan lagu tu kira dah okay bagi aku. Pastu bila kengkonon nak buat cover macam orang lain, mesti asyik tak jadi sebab aku cepat nebes bila record. Macam la ada orang lain tengok. Padahal sensorang je. Haha.

Enam - Aku tak suka buat kerja-kerja yang melibatkan kain baju. Seriously dari dulu lagi aku tak suka. Sebab bagi aku macam renyah. Kena basuh, kena sidai, kena kutip dan lipat, kena simpan. Haha. Banyaknyaaaaa!

Tujuh - Tadi kemas bilik baru aku sedar aku ni suka kumpul recycle bag. As uolls semua tahu. Penang ni negeri pertama yang amalkan hari tanpa beg plastik. Hari-hari takda beg plastik. Nak shopping kena bawak beg sendiri. So tadi kemas berlambak-lambak recycle beg aku simpan rupanya. Haha.

Lapan - Aku tak tau nak describe lelaki kacak tu macam mana. Sedap mata memandang? Benda tu macam sangat subjektif. Lain orang lain citarasa. Kalau orang tanya aku siapa artis lelaki yang hensem. Aku tak boleh nak jawab. Sebab semua biasa-biasa ja. Suka tengok je mungkin. Tapi nak kata yang betul-betul hensem tu aku belum jumpa lagi.

Sembilan - Aku ada bantal busuk yang berusia 26 tahun. Syhhhh.. jangan bagitau siapa-siapa. Ini rahsia kita. :p

Sepuluh - Aku susah nak sukakan orang. Maksud aku, LELAKI. Bukan la aku sombong atau kerek. Tapi sejujurnya aku tak reti nak bergaul dengan kaum lelaki ni. Tapi once kalau aku dah suka. Haaa, tak pandang lain dah. :D

Sebelas - Suka baking cakes. Tapi bila dah baked, aku tak makan pun. Suka tengok orang lain makan. Pastu bangga bila orang kata sedap. Bwahaaa~

Duabelas - Tak reti dan tak akan pakai tudung yang ada awning tu. Sebab bila aku pakai langsung tak masuk dengan muka aku yang bulat bagai bulan mengambang ni. So aku hanya pakai shawl dengan tudung Syria je.

Tigabelas - Pernah buat Diet Atkins dan menjadi. Lepas tu bedal makan nasik, KFC, McD, Mee, Bihun, bla bla blaaa.. Pastu menyesal. Sekarang ni nak mula balik dah susah. Sebab? Asyik tangguh.. esok la.. minggu depan laa.. Haha. Hmmmppphh.. Esok la nak start atkins balik. Ini betul-betul ni. Serious! :D

Empatbelas - Digelar ratu selfie oleh mereka-mereka yang mengenali diri ini. Haha. Adoi. Okay la, aku mengaku aku suka selfie sorang-sorang walaupun aku tak lawa mana. Entah la. Ini satu penyakit, mungkin? :p

Limabelas - Aku boleh bertutur dalam bahasa mandarin dengan lancarnya. Heh~ Sebab dulu aku sekolah cina. Jangan pulak heran bila tiba-tiba aku cakap cina dengan orang kat kedai. Semua tu taktik untuk minta diskaun lebih skit. Ekekeke. Bijak bukan?

Enambelas - Gila sambal petai ikan bilis buatan mama. Fuhhhh... ini serious. Kalau mama yang buat, aku boleh makan nasik bertambah-tambah. Tapi kalau sendiri buat, tak tambah pun takpe. Haha. Ishhh.. pasni nak atkins balik! Ape petai-petai????

Tujuhbelas - Suka dengar lagu jiwang sedih-sedih pastu berangan letakkan diri dalam lagu tu.

Lapanbelas - Suka menyanyi walaupun sedar suara tak sedap. Tapi dah hobi, tak boleh nak buat apa la kan. Setakat nak menyumbangkan suara kat majlis kahwin orang tu kira takda hal la. Hihi. Lagu wajib, "TENDA BIRU". Haha.. marah pengantin wehh!

Sembilanbelas - Senang terlelap dalam kereta. Letak je kepala komfem terbang terusssss. Tapi bukan masa aku yang memandu ye. Kalau tak dah lama arwah dah.

Duapuluh - Masih mencari-mencari jodoh yang betul-betul sesuai. Eceh! Macam iklan cari jodoh pulak. Susah nak sukakan orang lain sebab hati belum terbuka. Aku masih sayangkan orang itu. Walaupun dia dah pesan jangan tunggu. Tak apa, Allah ada. :)

Hoihhhh... letih taip. Dekat Sejam setengah aku mengadap benda ni. Tobat takmau dah. Pasni harap takda orang main benda berantai ni dah. Jangan libatkan aku ye. Hehe. Okay, selamat pagi. Jumpa lagi. Bila nak update lagi pun entah. Tunggu je la. =)

Wednesday, September 3

Perasaan Ini...

Assalamualaikum..

Perasaan ini. 

Makin dibuang, makin diingat. Bahkan makin terasa dekat. Kenapa ya? Serba tak kena jadinya. Setiap malam selalu dihantui perasaan ini. Toleh ke kanan, toleh ke kiri. Hingga mata lelap dengan sendiri. Dan bila pagi menjelma, rasa itu masih ada. Sukar untuk dibuang walau berjuta kali telah mencuba. 

Ku mohon ketenangan jiwa. Agar ada waktu walaupun hanya seketika untuk dibuang perasaan ini walau barang sekejap. Cukuplah walau hanya sehari hati dan perasaan ini dibiarkan kosong tanpa adanya perasaan yang meresahkan jiwa ini. Tak termampu lagi rasanya nak menanggung. Setiap saat hanya dia yang ada di jiwa. Pada yang lain hati belum dapat dibuka. 

Adakah ini balasan atas apa yang berlaku? Tidakkah ada sedikit rasa untuk diberikan? Gembirakah menyiksa rasa dan perasaan? Aku mohon dihentikan segala keresahan ini. Ya Allah, kepadaMu ku mohon ketenangan di jiwa. Bantulah aku. Kerana, aku tidak mencari kesempurnaan. Cukuplah yang dapat menyempurnakan aku.

Monday, September 1

Be someone who makes you happy ~

Assalamualaikum..

Terasa semakin malas nak menaip di blog. Aku tahu ada orang yang menunggu blog ni diupdate. Haha. So, aku pun malas nak update kerap-kerap. Jangan ingat aku tak tahu. Aku pun stalker terhebat okay! Tapi takpe la. Teruskanlah aktiviti stalk anda kat blog ni ye. Memang blog ni untuk distalk pun. So that anda tahu aktiviti apa aku buat, apa aku rasa.. sedih ke, gembira ke.. Haishh busy body betul~ Haha.

Okay, maaf..

Tak ada apa nak update sebenarnya. Tak ada yang menarik. Aku hanya menjalani kehidupan macam biasa. Pergi kerja, balik kerja, dok rumah, dengan kawan-kawan, tidur dan esoknya ulang benda yang sama. Bosan bukan? Yes! Sangat bosan. Boyfriend? Jauh sekali. Tak larat dah nak berboyfie-boyfie ni. Hidup sekarang ni hanya dikelilingi family dan kawan-kawan. Terima kasih Allah kerana kurniakan dan pinjamkan mereka semua pada aku walaupun hanya sementara waktu. =)

Aku ada ramai family angkat. kitorang dah macam adik beradik. Dari ada yang bujang sampai dah kawin dan ada anak sorang. Dalam proses nak menambah anak pun ada.

"Farah, bila lagi ni? Kak Yong dah dua nak masuk tiga orang dah ni."

"Farah bila lagi nak buat majlis macam ni? Kitorang dah tak sabar ni."

Uihhh! Stress dengar. Asyik-asyik soal kawin yang jadi topik utama bila berkumpul ramai-ramai. Sobs. Sentap mak hokay~ Sememangnya majlis aku sangat dinanti-nanti semua orang. Mungkin sebab aku cucu perempuan yang tinggal. Itu belah Johor. Belah Perak pulak aku cucu perempuan pertama. Ditambah pulak, aku ni anak perempuan sulung dan satu-satunya anak perempuan. So haruslah semua dok tunggu kan? Ekeke.. hantaran tak mahal pun. Mama cakap kurang dari 10k je. Taknak bebankan pihak lelaki katanya. Ekekeke~ Hoih!

Baru-baru ni pegi majlis kawin kak ieja dan abg Mat. Dalam hati mesti soalan-soalan kawin akan datang kat aku. Haa memang betul tanggapan aku. Haihhh. Tapi takpe. Aku tetap berpegang pada kata-kata "tulang rusuk kiri tidak akan bertukar pemiliknya." Tetap akan sabar menanti. Andai di dunia tidak berjumpa, Insha Allah kita berjumpa di syurga nanti. =)

Kak Ieja & Abg Mat 's big day
Semua ni keluarga aku
ada lagi ni.. ni belum cukup korum

Apabila di tanya..
"Farah bila lagi?"
Ini jawapannya..
"I'M NEXT~~!"
bwaahaaa!

Selfiaq satu kali.
Make up sendiri.
Ada yang kata muka anak mami.
Oihh~ aku ni JAGIS iaitu (Jawa + Bugis)
Mana mai mami nya tu?
Lahir ja di Penang. Teheee~


Oh yaaa... aku ada boyfriend baru. Yang membuatkan aku miskin dan poket kering kontang lepas ni sebab nak bagi dia hensem sehensemnya.


-----------------------------------------------


-----------------------------------------


--------------------------------


-----------------------


---------------


---------


----


Akhirnya aku dapat juga sebijik GoPro Hero 3+
dengan harga RM1k+++
Bwahaa~ Harga takmau letak nanti orang complaint
cakap boleh dapat lagi murah la bla bla blaaa..
Nanti aku sakit hati..
Ampa rasa aku nyesal dak beli benda alah ni?
Hahaaa!