Selamat pagi Isnin. Pejam celik pejam celik lagi seminggu dah nak raya. Cepat betul waktu berlalu. Persiapan raya saya masih belum buat apa-apa pun. Just bawa mama je beli jubah raya. Saya? Hmmphh pakai je la baju apa yang ada. Pakai lawa-lawa pun, at the end tercongok kat dapur juga. Takde maknanya nak lawa-lawa bling-bling bagai.
Jumaat lepas, ada Majlis Menurunkan Bendera Separuh Tiang di KOMTAR sempena menghormati tragedi MH17 oleh YAB CM iaitu Abang Eng i. Hehe. Semua diwajibkan turun berkumpul. Time ni baru clear nampak semua budak-budak komtar.
Bulan depan pula kumpulan Zhufairah dijemput untuk buat persembahan di Majlis Forum Perdana di Dewan Millenium Kepala Batas. Oih~ Nebes mak rasa! Tapi lagu yang nak kena nyanyi tu macam kurang best. Serious saya tak boleh nak ikut. Lagu nasyid lama. Tajuk 'Panggilan Haji'. Duh.. sapa la yang pilih lagu ni. Susah kot! Satu lagu lagi pula lagu baru. Tak tau lagi macam mana bunyinya. Harap-harap cathcy dan rancak. Ekekeke. Ada ke lagu nasyid yang macam tu? Kalau ala-ala arab padang pasir pun okay jugak rasanya. Tapi..... saya tak nak jadi solo. Terus terang cakap. Saya belum bersedia. Yang lain-lain cakap penyanyi solo dah berhenti dari SUK. Oh my... tak best la nanti. Hmmpphhh~ ;( sebab suara dia sedap! Dan saya harap forum perdana ni tak ditayangkan di TV. Tak kira la siaran langsung ke atau rakaman sekali pun. Tetap harap tak keluar kat TV. Malu orang-orang yang kenai tengok nanti. Lagi bertambah nebes!