Tuesday, April 22

Selfie Queen / Ratu Selfie

Assalamualaikum..

Selfie Of The Day
22 April 2014
 

Suka ke korang kalau dapat gelaran Selfie Queen atau Ratu Selfie ni? Adakah orang yang suka bergambar memang akan dilabelkan sebagai Selfie Queen? Aku salah seorang yang suka bergambar. Ya, itu aku mengaku. Sampai ramai yang suka sindir² aku walaupun aku tau ada yang gelak² dengan nada sinis kat belakang aku.. tapi, who cares?

"Farah kan suka dok amik gambaq.."

"Eh, hari ni tak selfie ke?"

"Farah memang dari dulu suka bergambaq ka?"

Haihhh.. kadang aku tertanya² adakah dengan bergambar tu adalah satu dosa? Bukan la aku ambik gambar seksi atau menampakkan aurat aku. Dalam gallery handphone aku terlalu banyak gambar. Dan kadang² aku rasa sayang nak delete. Mungkin sebab aku rasa gambar tu best shot dari aku. (konon!) So aku buat keputusan untuk upload saja di Instagram yang dah di'linked' kan ke FB. Bak kata Yuna, "Setiap gambar ada ceritanya" huhu betul ke ayat Yuna? Maaf kalau salah. :)

Dan kadang² bila aku secara tak sengaja terjumpa dengan kawan² yang tak berapa nak rapat dalam FB aku. Woahh bukan main lagi sindir². Ish ish.. FB aku adalah hak aku. Kalau tak suka sila remove aku dari friendlist korang ye. Sebab aku tak nak menambahkan lagi dosa orang mengumpat belakang². Ni siapa yang terasa, awai² aku nak minta maaf kalau terkasar bahasa. Tapi ini kenyataan. Mohon terasa. :)

Nak² pulak sekarang ni aku baru beli monopod, universal lens dan bluetooth shutter. So pada yang suka mengumpat aku belakang² tu, sila lah muntah dengan tengok muka aku penuh kat newsfeed FB korang. Padan muka! Mwahaha! :D

Baru² ni lepak dengan BFF aku setelah lama tak berjumpa, kami dah try bermonopod. Tapi seriously malu nak meninggal kot. Pegi Queensbay Mall, bukak dan juloq monopod tang sudut yang tak berapa orang nak nampak, tapi still orang dok pandang semacam. "Eh hello! this is monopod. And yes! We're taking our pictures using this!" Mungkin orang² yang tengok tu jakun agaknya. Belum terdedah pada benda² macam ni. Okay, aku bersangka baik. Hehe.







Lobang hidungku tetap
menjadi pujaan hatimu.. tehee

 

Bermonopod sampai hampir kena
halau dengan bangla yang jaga

pesan saya : jaga tepi kain sendiri yang dah koyak lagi bagus dari jaga tepi kain orang lain, sebab tak pasal² nanti orang nampak apa yang tak patut dalam kain yg koyak tu :)