Lepas aku post pasal Diet Atkins kat Facebook, ramai pula yang tanya macam mana cara nak buat diet tu. Macam yang aku dah terangkan sebelum ni. Diet Atkins ni diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam badan kita. Bukan tak boleh ambil langsung. BOLEH sama sekali tapi sekiranya anda semua baru nak mula atau dalam kata lainnya adalah INDUKSI / INDUCTION, anda hanya boleh hadkan pengambilan sebanyak 20gram karbohidrat sahaja dalam sehari. Induction ni selalunya orang akan buat dalam masa 2 minggu. Tapi boleh juga bawa pada sebulan lamanya. Selagi rasa tak capai berat yang kita nak lebih baik buat lama sikit induction ni. Lepas tu baru maintain berat badan. Macam mana nak tau berapa carbs kita dah makan? Ini anda semua kena buat research sikit. Rajin² la buka blog Diet Atkins dari BICIKUT ni. Banyak info yang anda boleh dapat. Sebab nak buat Diet Atkins ni kena ada knowledge. Kalau setakat tak makan nasi tapi bedal macam² makanan lain yang tinggi carbs tak jadi juga. Baik tak payah diet. Huhu!
Aku sendiri pun dah lebih sebulan buat Diet Atkins ni. Semua orang tanya, apa yang aku makan masa buat diet ni. Jawapan aku senang je. Aku makan ikan, ayam, daging dan sayur. Lebih senang aku kata aku makan lauk je. Langsung tak ambil makanan yang tinggi karbohidrat macam nasi, bihun, mee, gula, tepung, kacang dan sebagainya. Air hanya minum air masak sahaja. Kental bukan? Ada yang tegur badan aku ada mengecut sikit berbanding dulu. Especially kat perut. Hihihi. Tapi aku rasa macam takda perubahan langsung pun. Sebab aku tak ukur pun badan aku, cuma aku timbang berat je. Hari² aku timbang berat aku walaupun ada yang cakap tak bagus timbang hari². Tapi bagi aku, biar la aku timbang hari² supaya aku kenal badan aku macam mana. Kalau terlebih makan atau minum naik berapa banyak berat tu. Tapi sekarang ni berat aku statik di angka yang sama. Ada yang cakap jangan risau kalau berat statik sebab berat tak penting, yang penting adalah badan kita sedang menyusut. Orang hanya tengok pada luaran, bukan dia tau pun berat kita berapa. Betul tak?
Nak cepat turun berat badan, rajin² la buat senaman sama. Aku sendiri akan ambil masa sejam untuk jogging lepas balik kerja. Hari Selasa memang aku ada class Zumba kat tempat kerja aku. Memang peluh keluar banyak. Sekarang ni aku cuba nak maintain balik waktu senaman aku. Nak jogging hari² dengan jayanya tanpa gagal. Hihi. Anda semua pun boleh cuba minum Apple Cider, green tea dan Clenx Tea untuk cepatkan pembakaran lemak dan detox. Tiga² benda ni memang aku ada amalkan. Bagi buang habis semua toksik² dalam badan.
Gambar pertama dan kedua masa tahun 2013.. Gambar kedua tu masa bulan Disember 2013.. Gambar ketiga dan keempat pula gambar terkini.. lepas 5 minggu buat Diet Atkins.. Ada perubahan tak? :) |
Dulu aku rasa takut nak ambil gambar penuh. Lepas tu asyik nak sembunyi belakang kawan je bila ambil gambar. Sekarang dah berani sikit. Belum berani sepenuhnya lagi. Sebab banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Perjalanan masih jauh. Harap dapat berat yang aku nak sebelum Hari Raya tahun ni. Nak juga pakai baju cantik²! Hihi..