Saturday, October 29

Lost World Of Tambun Trip







Annyeong haseyo!


lama jari jemari tak menaip di ruangan ni.. nak update apa pun tak tau sebab tak ada perkara menarik untuk di update.. tengah bosan² kat office, tiba² terasa nak buka album camera dalam handphone.. tertengok album masa ke Lost World Of Tambun masa bulan januari 2011.. terus terasa nak update benda yang dah basi ni.. 


masa ni aku, Aida dan Nadie plan nak menghilang tension dengan bermandi-manda kat tambun.. kebetulan rumah aku di Perak.. so plannya, sabtu kami bertolak ke perak dan ahadnya baru ke tambun.. dan lepas tu baru bertolak balik ke Penang.. tiket masa tu tak silap aku rm35++ mungkin sebab hari ahad tiket mahal sikit..


di entrance masuk Lost World Of Tambun..
banyak kucing besar wo!
tahanan yang dikehendaki!
(abaikan hijab saya,
memang macam tu bila kena air)
santai² kejap di rest chair..
letih kot asyik berendam je..



naik benda ni sangat memenatkan..sebab korang kena mendaki tangga yg tinggi,
lepas tu bila dah sampai puncak, penat macam ape je.. hahaha!
bila dah gelongsor tu memang best! siap ada orang standby ambil gambar kita kat bawah..
macam artis plak rasa.. hehe



benda ni pun sama macam yang kat atas.. korang kena daki tangga yang tinggi juga..
tapi benda ni takda la bersimpang siul macam benda yg kat atas..
bentuk dia lekuk.. memang tinggi.. 
sabaq².. kalau lapaq pun takkan nak makan kaki gua beb!

ikan² duyung yg gojes.. teheee :p

Friday, October 7

Review Filem : Al-Hijab

bismillah..


selamat pagi semua! hari ni aku nak buat sedikit ulasan untuk filem 'AL-HIJAB' yang dah aku tonton malam semalam.. pada mulanya aku nak ambik tiket pukul 7.30 malam tapi atas sebab² yang tak dapat nak dielakkan, aku terpaksa ambik tiket pukul 9.30 malam.. aku expect panggung akan penuh sebabnya semalam adalah hari pertama filem ini ditayangkan.. tapi, tak penuh pun! 1/3 panggung saja yg penuh.. kenapa eh? ramai yg memang tak minat tengok cerita hantu ke? atau tak berani?




okay, filem ni mengisahkan seorang pelakon sambilan bernama RAF (Pierre) yg mendapat tawaran berlakon dalam sebuah filem hantu arahan Aziz M.Osman.. raf yg sememangnya tengah cari job masa tu terus setuju untuk terima tawaran tu.. sebab raf nak buktikan pada ayah girlfriendnya, QISS (Fathia) dengan berlakon pun boleh berjaya..


Pengarah filem hantu tu minta raf untuk menjiwa watak dia.. jadi disebabkan hal tu, raf cuba mencari feel takut dengan menonton filem² hantu tapi tetap gagal.. raf telah pergi ke satu bangunan lama yg dah dah ditinggalkan orang seorang diri untuk melihat sendiri makhluk halus tapi tetap tak nampak apa².. Qiss yg tahu perkara ni mengatakan HIJAB raf sangat kuat, mungkin sebab itu raf tak dapat tengok benda² tu..


pada mulanya aku ingatkan hijab tu tudung yg perempuan pakai.. ehehehe.. rupa²nya setiap manusia mempunyai hijab.. hijab yg menutup mata kita dari melihat benda² di alam lain.. ianya tak boleh dibuang tapi boleh dibuka.. ok sambung..


raf cuba mencari info pasal hijab di internet, di perpustakaan tapi masih tak jumpa.. dan pada malamnya raf menerima satu sms dari seseorang yg memintanya ke alamat yg dihantar melalui sms tu.. jadi raf pun ke alamat yg dia dapat tu.. ada seorang makcik yg mahu dirinya dipanggil sebagai MAK ITAM mahu memberi pertolongan pada raf dengan membuka hijabnya.. dan setelah MAK ITAM membuka hijab raf, barulah dia nampak 'benda²' tu.. setelah itu, MAK ITAM meminta untuk menutup hijab raf, disebabkan sangat teruja.. raf minta untuk dibiarkan hijabnya tak ditutup hingga esok pagi.. dan berjanji akan cari MAK ITAM pagi esoknya untuk tutup hijabnya kembali.. dan bermula dari malam tu, banyak 'benda²' yg raf nampak.. okay, aku stop kat sini.. nak tahu macam mana gambarannya korang kenalah pegi tengok sendiri..


hijab itu hanya boleh ditutup oleh orang yg sama membuka hijab.. sebab kuncinya ada pada orang yg membukanya.. dan memerlukan IZIN dari tuan punya badan sendiri untuk menutup.. kalau tuan punya badan tak memberi izin untuk menutup hijabnya kembali, maka orang yg memegang kunci tak boleh menutup hijab tu..






*bagi aku filem ni takot la sebab aku ni memang penakot pun! haha! untuk filem ni aku kasi 3.5/5 bintang sebab endingnya tergantung.. mungkinkah ada sambungan? tunggu dan lihat..

Wednesday, October 5

Wordless Wednesday

:)

Kenapa saya suka drama korea?

annyeong haseyo..

perasaan aku sekarang ni sangat berbunga².. sebab? aku sekarang tengah gigih melayan drama korea.. sanggup ke bukit jambul lepas habis kerja semata² nak beli dvd.. setakat ni aku dah ada 5 koleksi.. dan akan bertambah lagi, lagi dan lagi.. baru aku paham kenapa sesetengah orang yg minat sangat drama korea ni bagai nak gila.. aku ingat lagi waktu aku di college dulu, geng² yg islamik  sopan dan ayu (pada aku la.. sebab aku tak macam dorang) minat sangat dengan artis korea.. sampaikan kat surau dijadikan tempat lepak untuk menonton drama korea di youtube berbekalkan wifi college yg ada..

dulu aku memang tak layan sangat drama korea ni.. bukan atas sebab tak minat.. cuma takda masa nak menonton.. yela kan, cerita dia berjela-jela.. kalau sekali miss nak kena catch up balik.. kalau tak macam tak sempurna pulak kalau terlepas 1 episod.. 1 episod pun lebih kurang 1 jam durasinya..

alkisahnya aku start berminat dengan k-drama (korean drama) ni last year.. last cerita korea yg aku layan pun masa aku form 2.. bermula dengan boys over flower.. tu pun aku tak berapa layan sangat.. terlayan pun sebab housemate aku di rumah lama dulu, tepat jam 8.30pm akan bukak tv8.. nak tak nak aku pun layan la sekali.. -__-"

aku rasa orang² yg minat drama korea ni mesti ada pengalaman yg sama macam aku.. sanggup tidur lewat semata² nak habiskan cerita.. bersengkang mata padahal esoknya kerja.. end up dapat tidur dua atau tiga jam je.. sampai kat office dengan mata merah sebab tak cukup tidur.. masa buat kerja mulalah tersengguk2 kepala... menguap sampai keluar air mata.. kepala plak rapat dengan meja lepas tu apalagi.. zZZZzzzZZZz laa!

lepas menonton beberapa buah drama, ada beberapa kesimpulan yg aku buat.. kenapa ramai orang gilakan k-drama ni..
  • buat gadis² yg menonton haruslah seronok menjamu mata.. mana taknya, kebanyakkan hero yg berlakon dalam drama tu sangatlah kacak, tampan, handsome, ganteng, smart dan yg sewaktu dengannya.. ini aku akui sendiri sebab aku pun macam dah terjatuh cinta dengan pelakon² korea ni.. sampai membuatkan keinginan aku untuk ke korea semakin membuak².. hihihihi
  • buat lelaki² pulak, awek² korea boleh tahan lawa, cute, gorgeous, cantik, comel dan yg sewaktu dengannya.. plus, awek² korea ni selalu berlakon pakai skirt pendek.. nampak habis betis peha yg putih mulus tu.. sebab tu la korang suka kan?!! ciss ni yg nak marah ni! dan kebanyakkan dorang mempunyai muka yg sangat putih dan licin.. tertanya² jugak aku macam mana dorang ni jaga muka dorang..
  • jalan cerita plak menarik, dah tak macam drama² dulu.. sedih je ceritanya.. sekarang ni macam-macam jenis ada.. tak macam hindustan.. kedebuk kedebak sana sini berebut awek.. style drama korea plak berebut awek cara gentle.. tak pakai keganasan pun.. 
  • dan ini yg paling aku suka dan aku salute.. kebanyakkan lagu-lagu dalam drama tu dinyanyikan sendiri oleh pelakon tu.. baru la feel! betoi tak??? dan lagu-lagu dia pulak sangat sedap didengar.. boleh dijadikan taik halwa telinga setiap hari.. bagi aku, dorang sangat berbakat.. dah la pandai berlakon, pandai menyanyi pulak.. mana la gadis² tak suka? aku pun dah jatuh cinta dah.. tak boleh nak kata apa dah.. hahaha..
sekarang ni aku tengah layan you're beautiful.. okay, aku memang agak ketinggalan.. semua orang dah tengok.. cerita pun da basi tapi aku baru nak layan.. honestly, cerita ni aku bagi 5/5 bintang.. aku suka! suka sangat².. hero semua hensem.. heroin comel.. sambil tengok tu sambil feel kalau aku yg ada kat tempat heroin tu... demmm! hati sangat berbunga².. yelpp yelppp! geram!


'operation' patung pun nak kena pakai topeng
tutup  mulut.. haishhh! cute!


suka buat muncung gini..
aku pun dah terikut.. haha


second hero.. cool dan gentleman..

cute dan funny.. :)