Monday, May 30

Busy Week Huh..

Rabu malam lepas aku kena ke rumah bakal pengantin untuk bubuh inai.. heesshhh.. mana nak cari pengapit macam aku ni.. tugas pengapit pakej sekali dengan tukang buh inai.. ada ka patut??? hahaha.. tengok je la gambar.. malas dah aku nak type..









Khamis minggu lepas aku kena attend satu seminar dekat area seberang jaya.. seriously aku memang tak tau langsung jalan kat area seberang.. terpaksa la mintak tolong pada colleague aku jalan nak ke sana memandangkan dia tinggal kat area sana.. pagi tu, walaupun dengan bantuan map yg aku lukis, aku still guna alat membantu aku yg kedua.. iaitu CIK GPS... mana la tau tiba-tiba sesat ke.. sediakan payung sebelum hujan bak kata orang tua-tua..


dan akhirnya, aku sampai jugak.. senang jugak nak cari tempat seminar ni.. alhamdulillah! hehehe.. sepanjang berlangsungnya seminar ni.. aku asyik menguap je.. ditambah plak dengan aircond yg sangat-sangat kuat.. terasa macam kat kutub pun ada.. penceramah tah apa-apa.. serious je.. langsung takda unsur2 lawak.. mau tertidur aku dibuatnya.. aku tengok Siti pun dua kali lima macam aku.. kira orait la kan.. ngahahaha.. makan plak sedap.. tak sia-sia pergi.. dapat makan free.. makanan hotel lagi hokay... so enjoy the pictures je la k.. =)






sempat lagi beli ice belnded cool blog.. haha!

Review : Karak ~

heeshh.. lamanya tak update blog ni.. dah bersawang dah agaknya.. bukan apa, banyak sangat kerja.. plus minggu lepas aku busy macam nak gila.. dengan kerja kat office lagi.. TNB dok buat gila plak last minute.. seminar lagi.. dengan kenduri kawen lagi.. tp dalam tengah busy tu sempat gak la aku menonton filem KARAK.. cerita ni masa mula-mula diperkatakan aku dah mula teruja gila nak menonton.. sebabnya KRU yang buat.. korang tau je la kan KRU kalau buat filem macam mana.. gempak n kreatif.. so sehari sebelum ditayangkan aku dah beli tiket.. punya la excited punya pasal..




so mula-mula cerita dah ada babak seram, di mana pasangan suami isteri ni tengah stuck kat tengah-tengah jalan.. kereta rosak.. so si suami ni cakap dia nak pergi cari bantuan dan suruh si isteri tunggu dalam kereta, dan pesan kalau takut pasang kaset ayat-ayat al-quran.. so si suami pun pun pergi cari bantuan, bila ada je kereta lalu, kebanyakkan tak mau berhenti.. sampai ada satu lori ni, dia lalu tp sempat dia cakap pada si suami tu tengok belakang.. so dia pun tengok la belakang.. jeng jeng jeng..! baik punya hantu tu dok terapung belakang dia dan terus ngappp! sementara dalam kereta plak si isteri pasang ayat al-quran tp baby dorang asyik nangis je.. mungkin sbb baby boleh nampak benda-benda halus kot.. pastu tak pasal2 ayat al-quran yg dipasang mati sendiri.. fuhhh nasib baik tak lama lepas tu ada kereta peronda polis sampai.. yg peliknya dorang acukan pistol kat si isteri tu.. nampak macam dia penjenayah plak.. dia diarahkan keluar dan jangan pandang belakang.. degil punya pasal, dia toleh gak.. hambik kau.. laki dia kena makan dengan hantu.. hantu pun macam hantu galah.. kaki panjang muka hodoh.. eeeeee..~ n u all guess what, tu semua cerita je.. si shahir cerita kat kawan2 dia masa dalam kereta.. time tu jalan tengah jem..










disebabkan jalan jem.. dorang amik jalan singkat ikut jalan lama karak.. tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba si jack ni (pemandu) nak buang air.. dorang singkat kejap tepi jalan.. siap ada abg jual burger.. yg si kilafairy ni plak tergedik-gedik lapar.. ahh sudah! aku tak suka gila watak kilafairy ni.. gedik terlebih sangat.. tambah dosa je aku tengok cerita ni sebab asyik maki perempuan ni.. ok sambung, masa si jack ni nak cari toilet, ada sorang budak laki pakai baju sekolah (hantu) kacau dia.. ayat dia camni "abang.. nampak mak saya tak?" pastu kalih2 hilang.. haihh main-main plak.. pastu ada la insiden-insiden aneh berlaku.. korang tengok sendiri la.. then masa nak balik ke kereta, ada plak perempuan ala-ala macam orang dulu-dulu siap pakai kebaya tegur jack ni plak.. "encik.. boleh bantu saya tak?" jelingan dia mak aii.. seeraaammm~! sampai sekarang aku tergiang-giang ayat dia.. pastu mintak hantarkan dia balik rumah plak.. jack tak mau.. sbb dia cakap ada kawan-kawan dia dalam kereta.. dia boleh plak cakap kat hantu tu, kenapa keluar malam-malam.. tak takut ke.. lain la kalau cik ni hantu.. tp kalau hantu mesti tak lawa macam ni.. mesti kepala takda ke.. pastu dia mintak diri.. elok nak je blah, hantu tu cakap "takda kepala macam ni ke..?" mak aiii.. dia putuskan kepala dia.. siap kepala dia tergolek depan jack.. hahaha.. apa lagi lintang pukang kawan tu lari.. pastu korang tengok sendiri la ye.. hahahaha..~


then dorang pun teruskan perjalanan.. tengah masing-masing khayal.. ada yg tidur.. tiba-tiba dari arah belakang ada kereta volkswagen kuning macam nak cucuk-cucuk arah belakang.. marah si jack ni.. nak potong, potong jelaa.. pastu kereta tu potong.. tak lama lepas tu muncul balik kat belakang.. kali dia dorg cuba tengok belakang ada penumpang.. tengok-tengok penumpang tu adalah hantu perempuan tadi.. dan kat depan plak ada hantu budak lelaki tu.. nak elak dari langgar hantu budak tu, terus dorang terbabas jatuh gaung.. 






lepas tu aku malas dah nak cerita.. hahaha.. takkan nak cerita sampai habis plak.. overall, actually semua orang mati.. yg selamat sheera ayob tu je.. patut la pak malam (tuan rumah dalam hutan) cakap macam ada benda ikut dia, rupanya kawan-kawan dia yg mati tu ikut dia.. 


seram gak la cerita ni.. korang patut pergi tengok.. bagi aku cerita ni best.. tak tau la bagi orang lain macam mana.. tak mengecewakan la.. tak sia-sia beli tiket awal.. hahahaha.. aku kasi 9/10 untuk filem ni.. 


















p/s : sumpah benci gila watak kilafairy tu.. last-last mati jadi hantu tanduk.. ahhahaha.. si jack plak mati pastu makan parut sendiri... eeeeee...

Monday, May 23

Menjelajah Kawasan Istana Bilah

hari khamis lepas aku balik rumah aku di perak.. tu pun disebabkan mama aku call cakap ada hal.. kalau tak memang haram langsung aku tak balik.. hahaha.. ingatkan ada orang masuk meminang ke apa.. teruja plak.. mwahahaha.. rupanya hal kerja la.. cettt~

so jumaat tu, lepas aku pergi ziarah maklong aku kat pusing.. dah alang-alang dekat dengan area papan, aku ajak adik aku pergi tengok istana bilah.. alaaa istana yg dalam filem penunggu istana tu.. aku ni sejujurnya takot-takot berani.. tapi perasaan ingin tahu sangat-sangat menebal di dada (cewah!) dan nak tengok istana tu dari jarak dekat.. so dalam perjalanan tu memang akan lalu dekat kawasan pekan koboi.. sunyi je.. macam takda orang.. dan bangunan lama still ada lagi, tapi kosong la.. seram gak la.. so aku tak nak taip banyak.. korang tengok je video yg aku ambik ni ye.. kalau ada ternampak apa-apa bagitau aku hokay..



nota  kakicagu : siapa-siapa yg minat nak jadi ala-ala team seekers sila datang sini.. sebab serious sangat seram kawasan ni.. -__-

Peminat Seth Tan & Nora Elena???

yihaaaa.. hari ni hari isnin.. bermula lagi satu minggu baru dan minggu terakhir dalam bulan may.. hari isnin hari yg sangat di nanti-nantikan oleh peminat setia drama bersiri NORA ELENA.. drama ni makin best.. aku yg pada mulanya tak minat tiba-tiba terminat pulak.. ditambah plak dengan pelakonnya yg lawa dan kacak.. auwww.. Aaron Aziz & Siti Saleha.. Siti Saleha ni kalau tak silap aku adik kepada Sam Bunkface.. muka ala-ala chinese look gitu.. Aaron lak tak yah cakap la.. memang kacak pun.. ditambah plak dengan body beliau yg yummayy... disebabkan drama ni punya pasal, aku drive 120km/j dari penang-ipoh semata-mata tak nak terlepas tengok.. last-last tak sempat gak tengok.. terpaksa tengok kat tonton.. hahaha! pendek kata drama ni sangat-sangat best hokay!


mesti ramai yg dah tahu drama ni adalah adaptasi dari novel bertajuk "Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha terbitan Karangkraf.. hah! bagi yg belum tahu sila ambik tahu.. setakat tengok kat tv tapi tak ambik tahu watpe kan..? sekarang adalah masa untuk anda ambik tahu.. sila tanya pada si handsome gugel kalau nak tau lebih banyak pasal drama ni.. :D




Sinopsis
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut.
(sinopsis ni aku cilok, harap maklum..)
baca sinopsis je aku dah mula rasa teruja, sebab aku rasa novel dan drama yg diadaptasi tak mungkin akan sama 100%.. plus aku memang suka cerita yg ada unsur-unsur macam kawen paksa, kawen sebab kena tangkap basah, kawen tak rela dan blablabla.. dari tak suka dan takda rasa cinta tiba-tiba boleh tersuka dan jatuh cinta.. kalau ada novel yg berunsurkan cerita macam ni tolonggggg laaaa bagi aku baca.. minat kot~


nota kakipendek : rasa macam nak pi cari ja novel ni.. nak baca balik.. uwaaa.. sapa ada?? nak pinjam!!

Thursday, May 19

2 ringgit.. :')

petang semalam masa lunch aku dengan kawan aku ke Bukit Jambul, tujuannya nak mencari string untuk gitar aku.. then lepas beli aku rasa seeloknya aku isi minyak kereta aku penuh so that esok aku tak payah tergesa-gesa nak isi minyak.. senang je aku terus drive balik Ipoh.. so masa tu hujan teramatlah lebat.. jalan raya air dah naik dah.. lalu kawasan gelugor aku terus masuk shell.. shell adalah stesen minyak pilihan aku sebab aku rasa minyak dia lagi banyak dan tahan lama kalau aku isi tak sampai rm50.. but masa tu minyak kereta aku still ada half.. aku just nak penuhkan je.. aku terus cakap kat pakcik shell tu nak isi rm40.. pakcik tu tolong isikan untuk aku, sambil-sambil tu dia sembang dengan aku.. cakap lebat gila hujan hari ni.. macam nak banjir dah jalan.. dalam hati aku cakap, baiknya pakcik ni.. ramah.. dan baru aku perasan yg pakcik ni sebutan dia sengau.. kesian kan? teringat aku kat arwah atok.. :'( tup tup tak sampai rm40 tank minyak aku dah full.. totalnya rm36.. disebabkan pakcik tu tak cukup duit seringgit, dia suruh aku tunggu kejap sementara dia tukar duit kat dalam.. tak sampai seminit dia datang balik kat aku bagi duit balance.. aku main amik je duit tu tak tengok.. lepas cakap terima kasih aku masuk dalam kereta dan memblahkan diri untuk hantar kawan aku balik office dia.. sesampai aku kat office, aku terus buat kerja macam biasa.. tepat pukul 5.30 petang aku terus balik rumah.. sampai kat rumah aku baru tergerak hati nak check duit aku tadi.. ya Allah!! pakcik tu bagi aku rm6.. bukankah sepatutnya dia kasi balik kat aku rm4??? hmm rm2 je kan.. aku ingat nak amik je.. tp end up aku jadi serba salah.. teringat kat pakcik tu.. mungkin dia orang susah.. lagipun dia dah tua.. dalam kepala otak aku dok pikir perlu ke aku bagi balik rm2 tu.. sbb rm2 je pun.. setan pun dok hasut suruh aku ambik je..

so tadi dalam perjalanan ke office lepas lunch tadi, aku asyik teringat pasal rm2 tu.. tak pernah rasa macam ni.. sampai je office aku lagi tak senang duduk.. last-last aku buat keputusan untuk bagi balik rm2 tu.. terus mintak permission dari boss aku untuk keluar kejap, aku drive pergi stesen shell semalam.. tapi pakcik tu takde la pulak.. nak tak nak aku terpaksa masuk dalam kedai shell tu.. dan.... nasib baik pakcik tu ada!! dia tengah kira apa entah kat dalam tu.. terus aku bagitau pasal semalam tu kat dia... wahhh! pakcik tu senyum cakap terima kasih.. dan saat aku drive untuk balik ke office aku rasa lega sangat-sangat! dan yang pasti ye aku sangat HAPPY!!! :')




p/s: rindu sangat dengan arwah atuk.. :'(

Tuesday, May 17

Tanda Harga

hari ni aku cuti sempena hari wesak.. takda sape pun kat rumah.. kesian gila aku.. wuu T-T
so dah takda benda nak buat, aku terbuat la cover ni.. Price Tag by Jessie J..
disebabkan version melalut aku sendiri disertakan dengan lyric lintang pukang..
aku tukar tajuk kepada bahasa melayu..
so inilah dia Tanda Harga by Farah
enjoy..!


Monday, May 16

Puding Chocolate with Vanilla Topping

hari ni habis je kerja aku terus ke Mydin untuk beli sedikit stock makanan ketika aku sesak di hujung bulan nanti.. almaklumlah gaji aku tak sama macam kakitangan kerajaan.. aku selalu dapat gaji betul-betul masa hari terakhir dalam setiap bulan.. orang kerajaan untung la kan.. 24hb, 25hb dah dapat gaji.. dan kadang-kadang awal dari tu pun ada.. sungguh tak adil.. :(


so kat Mydin Bukit Jambul aku pun memulakan operasi mencari stock makanan.. tengah asyik mencari, aku terberhenti kat section bahan untuk buat kek.. terpandang pulak kat belah buat agar-agar dan puding.. otak aku pun mulalah mereka benda yang bukan-bukan.. teringin nak buat puding plak.. terus capai bahan-bahan dengan hati yang gumbira.. :D


sampai rumah, lepas menikmati makan malam dengan Kak Fisya.. aku pun memulakan operasi membuat puding.. nak tahu bahan-bahannya? okay sat naaa..



Puding Chocolate
1. serbuk dadih perisa cokelat
2. susu cair (takde dalam gambar)
3. agar-agar
4. gula mengikut citarasa


Topping Vanila
1. susu HL perisa vanila
2. susu pekat
3. tepung jagung
4. sedikit garam

cara-cara nak buat senang je.. firstly korang panaskan air dalam periuk.. berapa ml tu ikut suka la ikut berapa hidangan korang nak buat.. bila dan mendidih korang masukkan agar-agar.. kacau jangan berhenti sampai dia larut then tambah gula.. gula masukkan ikut korang.. bagi yg suka manis bubuh la lebih.. bagi yg tak suka manis sangat letak sikit.. pandai-pandai korang la kan.. lepas tu masukkan susu cair.. kacau dan kacau lagi.. pastu last sekali masukkan serbuk dadih tadi.. kacau sampai dia likat.. agak-agak dah okay sikit korang letakkan dalam bekas.. tunggu sampai sejuk sikit supaya dia keras.. sementara tu korang boleh buat topping untuk puding tadi..

setelah air didih baru masukkan agar-agar


untuk topping, korang didihkan air macam tadi.. lepas didih baru masukkan susu HL vanila tadi.. kacau sampai larut dengan sebati.. then masukkan pulak susu pekat.. jangan banyak sangat tau nanti terlalu manis.. sikit je dah memadai.. lepas tu letak secubit garam kasi ada rasa masin-masin sikit.. dan akhir sekali baru masukkan tepung jangung.. ini untuk tujuan melikatkan topping..

susu yang dah dicampur dengan susu pekat

dah selesai buat topping, korang kena cepat-cepat buat topping di atas puding korang tadi.. sebabnya dia akan mengeras.. so tengah panas-panas tu elok korang terus buat.. dan hasilnya adalah seperti di bawah..

puding cokelat sebelum diletakkan topping

setelah diletakkan topping

cantikkan.. 2 layer gituuu..:p


sedia untuk dimasukkan dalam peti sejuk
so senang je nak buat benda ni.. budak-budak umur 5 tahun pun pandai.. puding ni enak dimakan ketika cuaca panas.. or kalau ada tetamu datang boleh la hidangkan untuk dorang.. hehe.. SELAMAT MENCUBA :)



p/s : ekceli aku takde la pandai pun buat benda alah ni.. just suka mencuba dan mereka-reka benda baru.. hehe.. :p

Review : Filem KOngsi


SIAPA DAH TENGOK KONGSI ANGKAT TANGAN!!! :D

baru-baru ni aku pergi tengok KONGSI.. ni nak habaq mai.. cerita ni bagi aku takda la best sangat.. okay-okay je.. aku expect cerita ni best gila sebab dari tahun lepas lagi aku tengok trailer dia nampak macam gempak.. tapi lepas tengok aku rasa agak kecewa jugak.. dah la aku minat Shaheizy Sam ni.. so aku expect filem-filem yg dia lakonkan mesti la gempak kan?

dalam cerita ni ada unsur-unsur lawak.. bagi aku takda la lawak sangat.. tapi yang aku pelik, apsal dorang gelak bagai nak rak ntah (especially abg yg duduk kat belakang seat aku).. ada satu part tu dia sorang je yg gelak, kuat plak tu.. erkkk? part yg paling aku suka masa Sam dalam bilik hotel dia.. nampak body tuuuuu (okay! dia tak pakai baju time ni..) hahaha.. putih kot badan dia... fuhhhh.. terbayang-bayang sampai sekarang! @_@ okay stop it Farah! jangan nak jadi gila seks kat sini.. 

dan ada satu part ni, sebijik macam entry ni yang aku buat dulu.. so pada budak-budak penang please jangan jadi macam ni.. beranak kat Nibong Tebal ada hati nak cakap KL dengan orang penang.. hahaha.. ending plak habis macam tu je.. grrr aku paling tak suka cerita macam ni.. lain la kalau pengarah KONGSI (Farid Kamil) nak buat sambungan part 2.. then should be okay la ending macam tu..

kesimpulannya, banyak yang Farid Kamil kena belajar dalam dunia arah mengarah filem ni.. sebabkan filem ni Sam yg berlakon maka aku bagi credit la kat dia.. harap next filem akan lebih best dan gempak dari ni.. go go Farid Kamil!


nota kaki busuk : aku kasi 3/5 untuk filem ni.. :D

p/s: tak sabar nak tengok filem KARAK arahan KRU.. sure gempak weh! dah nama pun KRU yg buat.. uh, tak lupa gak.. tak sabar nak tengok Pirate 19hb ni.. wohhooo~


Saturday, May 14

Pengapit yang Tersepit

Jangan tak tahu, pengapit atau dalam bahasa omputihnya 'bridesmaid' ni memainkan peranan yg penting dalam sebuah majlis perkahwinan. Banyak tugas yang harus pengapit buat. Hadoi! dah la aku kena jadi pengapit untuk kawan aku hujung bulan ni. Aku tak pernah pun jadi pengapit sepanjang hidup aku 24tahun ni. Berdebar-debar plak rasa.. Haha.. macam aku plak nak kawen gamaknya.. So aku tanya la pada orang yg lebih senior dari aku apa yg pengapit ni kena buat masa majlis perkahwinan tu. So ini yg dorang jawab..

1- kena pakai baju yg sama colour dengan tema pengantin. err.. kena beli baju.. aku langsung tak beli baju apa pun lagi. hahaha.. bila pikir-pikir balik.. baju kena cari, tudung pun kena cari.. ada duit ke nak beli semua tu? hammpeehh! lain la kalau cik pengantin nak sponsor. ringan sikit bebanan cik pengapit ni.. hehehe. *Cik Eyra sila take note ye!*

2- aku kena kenal-kenal dulu dengan family pengantin (ini termasuk nenek, atok, makcik, pakcik, sepupu sepapat dan yg sewaktu dengannya).. sebabnya kalau dah kenal akan memudahkan aku semasa majlis tu berlangsung.. mana tahu tiba-tiba cik pengantin suruh aku pi menyampai hal-hal penting kat family dia.. so bila dah kenal senang la nak menyampai.. takde la terkial-kial cari kalau dalam saat-saat genting..

3- kena kenal-kenal plak dengan pasangan pengapit di pihak sebelah sana.. bukan apa, senang la sikit nak buat kerja kalau dah memahami.. baru ada sikap toleransi di antara pengapit-pengapit.. kalau tak nanti takut pengantin tersenyum manis, pengapit plak masam muka.. errkkk! ada ke macam tu? Dan kalau pengapit tu single, boleh la mengorat or main-main mata.. so kalau boleh pesan kat pengantin tu supaya dorang carikan pengapit yg single dan kacak (ni kalau ada lagi mantop beb!).. hahahahahaha (gelak gatai) *Cik Eyra sila take note ini juga ye!*

4- pengapit harus membawa dan memegang tisu dan sponge bedak.. bukan apa, kadang-kadang masa majlis berlangsung, keadaan dalam rumah atau dewan panas sebab ramai orang.. maka si pengantin akan berpeluh.. so tugas pengapit adalah untuk lap peluh pada muka pengantin supaya tetap nampak anggun dan berseri-seri.. dan kalau pengantin menangis (terjadi bila pengantin bersalam/berpelukan dengan ibu bapa dorang), tugas pengapit juga untuk lap air mata pengantin.. kalau tak habis la make up.. mascara turun..

5- membetulkan pakaian pengantin. kalau veil pengantin tersenget disebabkan berpeluk-peluk dengan ahli keluarga or sahabat handal yg hadir, pengapit kena betulkan supaya tak nampak cacat lagi-lagi bila dalam gambar.. kalau kain terjungkit masa duduk ke, bulu mata terkeluar ke.. pengapit kena betulkan.. sesuai la dengan pengantin, dah nama pun raja sehari.. so pengapit perlu buat semua itu okay!

6- pengapit kena melayani pengantin di meja makan kalau pihak catering tak sediakan khidmat layan pengantin.. so pengapit kena la senduk nasi, letak lauk, tuangkan air dan sebagainya untuk pengantin.. untuk pengapit yg pakai lengan baju yg berambu-ramba, hati-hati la ye takut lauk kari terkena baju anda plak.. :D

7- jangan overshadow pengantin.. dan jangan over pose.. masa tu dah tentu-tentu ramai orang akan ambil gambar pengantin, dan secara tidak langsung pengapit pun akan termasuk sekali.. tapi kadang-kadang lensa camera memang la nampak macam ambil gambar pengapit, tapi hakikatnya dorang ambil gambar pengantin.. so please jangan nak pose over-over.. hahaha!

ini je info yg aku tau.. so korang kalau ada lagi info yg perlu aku tau.. sila, sila dan sila bagitau aku.. boleh komen kalau perlu, sebab aku memang memerlukan info pasal ni.. thanks! :)








Wednesday, May 11

Loghat : Kejutan Budaya??

haiyaa.. hari ni tersangatlah busy.. tak sempat nak mengupdate apa yg patut kat blog ni.. nak berjalan-jalan sambil singgah di blog blogger lain pun tak sempat.. aku sibuk mencari font yg lawa-lawa untuk pc aku.. finally semua dah settle.. pc aku sekarang dah penuh dengan font-font yg lawa.. baru puas hati.. senang nak mengedit gambar nanti.. tengah asyik mencari font, tiba-tiba teringat pasal isu lupa diri ni..


'KO' 'KAU' VS 'HANG' 'ANG'


anda-anda semua nak tau tak.. orang-orang Penang ni sangat pantang kalau ada orang yg dari negeri yg sama tukar loghat bila berkomunikasi sesama sendiri.. sebagai contoh..


Klik untuk tumbesaran gambar :)

haaa.. so itu contoh yg aku bagi.. duduk kat kl or mana-mana negeri tak lama mana.. bila balik Penang, mulalah nak ber'ko'-'ko' dengan kawan-kawan sendiri.. oh pleaseee laaa! orang-orang macam ni selalunya memang akan jadi bahan sindiran/ejekan/perlian dan yg sewaktu dengannya pada kawan beliau sendiri..actually tak kisah pun kalau nak bercakap dalam loghat 'sana', tapi perlu ke dengan kawan sendiri satu negeri tiba-tiba nak tukar loghat pulak? macam lupa asal usul plak gayanya.. bukan tu je, siap ada jugak yg bertexting nak guna 'ko'-'ko' dengan kawan sendiri yg 1 kampung.. 

"DOK PENANG 20 TAHUN, DOK SANA TAK SAMPAI 5 TAHUN.. BALIK MAI PENANG DOK KO KO.." - salah satu ayat yg akan terkeluar bila ada orang yg macam entry di atas





p/s : 4 tahun aku dok kat Perak.. loghat utara aku still kuat.. hehe.. bangga jadi orang utara.. :)

Tuesday, May 10

Curang : Rasa Bersalah Tak??

tengah hari tadi secara tak sengaja aku terbaca satu entry ni dari blogger lain.. menceritakan tentang rasa bersalah beliau pada GF nya.. lepas baca aku terfikir pasal pro and cons disebalik cerita tu.. cerita dia macam ni..

ada sorang laki ni, nama dia Taufik (bukan nama sebenar.. haha!) dah ada GF.. dia ni takda kakak.. so satu hari ni dia kenal dengan sorang perempuan yg bernama Lissa (bukan nama sebenar jugak :D).. Lissa ni tua beberapa tahun dari dia dan baru saja berumah tangga.. khabarnya kawen pun sebab desakan keluarga.. then lama-lama dorang ni jadi kakak dan adik angkat.. dari relationship adik dan kakak angkat timbul pulak bibit-bibit cinta di hati kakak angkat dia ni.. selalu keluar sama-sama, pergi shopping la, pergi situ.. pergi sini.. setiap kali keluar shopping pun Lissa ni yg bayarkan.. padahal masing-masing dah ada yg punya.. sampaikan si Lissa sanggup bagi duit tiap-tiap bulan pada si Taufik ni sebab Taufik ni selalu takda duit.. Lama-kelamaan si Lissa ni kantoi dengan suami dia.. gaduh besarlah dorang.. dan Lissa kononnya insaf takkan ulang lagi benda ni.. tak nak berhubung dah dengan Taufik.. tp tulaa, manusia ni bukan berpegang pada janji.. mula-mula je insaf.. lepas tu buat balik.. GF Taufik pulak bukan tau dia ada hubungan dengan kakak angkat dia tu.. mati-mati la GF dia percayakan dia.. kesiankan GF dia?

so ada beberapa persoalan yg bermain dalam fikiran aku..
  • Taufik tak rasa bersalah ke tipu GF dia?
  • Lissa tak rasa berdosa ke tipu suami dia?
  • Taufik tak rasa bersalah ke bila timbulkan pergaduhan antara Lissa & suami dia?
  • Taufik ni sengaja nak rosakkan rumahtangga orang ke apa? sedangkan dia dah tahu Lissa dah berkahwin..
  • Dorang tak fikir ke kalau dorang buat macam tu, in future nanti mungkin benda yg sama jadi kat dorang? "what goes around will comes around" beb! that's what we called KARMA!






p/s: dapat duit free tiap-tiap bulan memang best beb! sape yg tak nak kan.. tp lu pikirlah sendiri.. bagus ke tak bagus tindakan tu.. jangan tergadai maruah sudeh! :D





psstttt... hi there stalker.. dah habis stalk ke belom? haha.. :D

Monday, May 9

Dunia MukaBuku a.k.a Facebook

 
Siapa tak ada Facebook angkat tangan!!!!

FACEBOOK.. sapa yang tak ada facebook zaman sekarang mesti akan dianggap kuno, ketinggalan zaman, tak ikut perkembangan semasa, dan yg sewaktu dengannya.. ingat tak dulu masa mula-mula kita guna facebook.. update status pun macam ikhlas je.. semua ikhlas berkawan.. sama-sama belajar macam mana nak explore guna facebook.. dan kalau kita tengok pengguna-pengguna facebook sekarang.. kebanyakkannya (aku ulang sekali lagi "KEBANYAKKAN") sangat 'macam bagus' dalam dunia facebook ni.. sebagai contoh..

:: kutuk-mengutuk ::

"euwww... menyampah gila aku dengan dia tu.. macam bagus je! pergi mampos la kau!"

tahu la kadang-kadang facebook ni boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan.. tapi perlu ke kena update status macam tu supaya 1 dunia baca.. nak perhatian ke hape? hah.. ayat-ayat yg berunsur kutuk-mengutuk ni selalu sangat aku tengok kat status budak-budak sekolah yang baru nak besar.. kononnya nak orang concern laa.. pastu tanya "sape dia eh?".. maka bermulalah acara kutuk-mengutuk antara mereka-mereka.. dosa weh kutuk-kutuk orang.. tak puas hati kutuk la depan-depan.. ade bran?

:: tunjuk-menunjuk / riak / takbur ::
 
"tadi I dating dengan sorang mamat kaya, naik BMW tau! siap kasikan I hadiah Iphone4 lagik.. sukenyerrr! korang ade?? jangan jeless! - via iPhone4"

hek elehh! macam la hadap sangat.. ape kes nak menunjuk-nunjuk.. semua tu duniawi doh! ingat orang suka la tu.. menyampah lagi ada.. kalau ye nak menunjuk sangat pun, kan ke bagus tulis 'alhamdulillah.. hari ni penuh solat lima waktu I.." hah kalau macam ni, bukan ke lagi bagus.. 

:: relationship status ::

bertukar-tukar status relationship.. hari ni in a relationship.. esok engaged.. lusa married.. tulat widowed.. minggu depan single.. bulan depan it's complicated.. hoiii!! gila talak ke ape?? tak tetap pendirian sungguh.. atau nak tarik perhatian orang? kalau gaduh ke ape ke tak payah la nak tukar-tukar status tu.. esok-esok baik balik.. ni selalu terjadi pada percintaan budak-budak yg baru nak naik.. elok sangat la tu.. dah nama pun budak-budak.. sesuai laa.. tp bagi yg dah kahwin tu, kalau gaduh jangan la sampai nak tukar status.. bincang elok-elok la.. ramai orang memerhati.. tak malu ke?

::  application yg semak ::

dulu takde pun application yg kena tag-tag orang.. sekarang ni bersepah beb.. spam sana spam sini.. invite sana invite sini.. menyemakkan wall orang ja.. dah jadi pulak satu hal kena remove satu-satu.. especially application yg tag nama kat gambar.. yela.. kadang-kadang application tu sendiri yg auto tag semua orang.. tapi still semak beb! sesetengah orang tak suka.. semakkan wall sendiri takpe.. jadi, berhati-hati la guna application yg ada ye..!

:: notifications ::

ini satu benda yg sangat aku tak suka.. bila dah tag nama sana sini.. (especially gambar) maka banyaklah notifications yg takda sangkut paut timbul.. 'si polan commented on a photo of you'.. dan timbul dan timbul lagi.. tak rasa annoying ke? kadang-kadang aku hangin jugak.. rasa macam nak remove je tag tapi kang ada pulak yg sentap.. terpaksalah aku tahan.. hah, ni kawan aku jgn sentap ye.. ini lahir dari hati aku.. hahaha..

:: bahasa rempit ::

"kitew bawu dpt unline ow.. da lamew ta bowak dgn korunk sumew.. windu kitew ta?"

"tady aq nampak booduck pempuan cun gilew ow! sukew sukew!"

bak kata Anwar Hadi, tak perlulah nak merosakkan bahasa.. eja betul-betul tak boleh ke? korang sedar tak bahasa korang ni memeningkan lagi orang yang baca.. kononnya bahasa macam ni comel.. haiyoo! comel ke macam ni?? bukan perempuan je yg guna bahasa macam ni, lelaki pun guna.. please laa.. kadang-kadang orang yg baca akan naik rasa menyampah okay~ tak payah la nak guna huruf 'w' terlebih sangat.. tak kreatif pun laaaa.. euwwwww.. hahaha!

:: virus tulisan biru ::

kalau tak silap aku.. tulisan biru ni wujud berpunca dari filem hantu kak limah balik rumah.. kebanyakkan dialog dijadikan page.. lepas tu bersambung pulak dengan dialog dari maharaja lawak.. mula-mula memang la fun.. kelakar pun ada.. tapi lama-lama naik menyampah pulak sebab aku tengok ramai gila guna tulisan biru ni yg dianggap 'trend'.. sampai ada sesetengah tu sangat-sangat gigih meng'like' page-page yg ada so that boleh buat status yg 'GEMPAK'.. gempak sangat ke? bagi aku perak (peghak) a.k.a jakun ada la.. flood news feed orang weh..


p/s: 1-kalau ada yg sentap harap maaf.. sekadar menulis apa yg terlintas di fikiran :D
      2-tulisan biru tu aku yg ajar dulu.. so takyah nak cakap aku tak tau buat k.. :)

Saturday, May 7

Penang TANPA beg plastik!

situasi ::: seorang pengunjung yang bercuti di Pulau Pinang membeli-belah di Tesco.. setibanya beliau di kaunter pembayaran..


Cashier : semuanya RM95.39 (sambil senyum)
Aunty Lina : eh? takde beg plastik ke?
Cashier : takde.. tapi kalau puan nak plastik, puan kena bayar RM0.20 untuk setiap satu beg plastik yang puan nak..
Aunty Lina : mana boleh macam ni! nak plastik kena bayar! menyusahkan orang la macam ni! 


dari situasi di atas, jangan terkejut kalau korang tidak diberikan beg plastik sekiranya datang membeli belah di pasaraya sekitar Pulau Pinang.. dan sekiranya nak beg plastik, korang terpaksa bayar RM0.20.. mungkin bagi korang ni sesuatu yang baru.. tapi tidak pada kami, warga Pulau Pinang.. Meh sini aku nak cerita sikit pasal benda ni..




Kempen "Tanpa Beg Plastik" telah diperkenalkan di Pulau Pinang pada Julai 2009.. tapi pada masa tu, hanya setiap hari Isnin saja beg plastik tidak akan diberikan pada orang ramai yang membeli-belah di pasaraya.. percaya atau tidak, walaupun dengan hanya sehari seminggu kempen ni dijalankan, sebanyak 1juta beg plastik dapat dijimat dalam masa empat bulan.. hebat bukan? dan pada 1 Januari 2010, kempen ni dilanjutkan pulak kepada 3 hari pada setiap minggu.. iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu.. pada mulanya memang la warga Pulau Pinang merungut.. termasuklah aku.. yela mana taknya.. beli barang banyak tapi takde beg plastik.. macam mana nak bawak barang kan? tapi lama-kelamaan orang ramai mula faham..dah takda lagi orang merungut.. malahan setiap kali shopping barang, dorang akan bawak beg sendiri.. malahan beg hijau jugak ada dijual di pasaraya.. bermula pada tahun 2011, kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan terus penggunaan beg plastik dengan melancarkan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik".. so setiap hari laa takda beg plastik.. haha.. warga Pulau Pinang yang dah biasa tak guna beg plastik takkan merungut punya.. sebab dah biasa.. even foreigners pun ikut jugak tak guna beg plastik hokayy..! just pelancong-pelancong dari negeri luar jela akan merungut sebab dorang tak biasa.. lawak gak tengok kalau dorg bertekak kat kaunter bila kena bayar RM0.20 kalau nak plastik..




selain beg plastik, kerajaan negeri Pulau Pinang jugak mengharamkan pengunaan polisterin makanan.. bagus betulkan? polisterin makanan ni actually bahaya sebab ada chemical.. plus polisterin makanan tak dapat dikitar semula sama macam plastik.. so dengan takdanye plastik n polisterin, secara tak langsung dapat menyelamatkan bumi kita yang makin lelah ni.. kesian bumi kita.. :( 


jadi..

SAY NO TO PLASTIC! 

SAY NO TO POLYSTYRENE!

LETS SAVE OUR EARTH!




p/s : Penang adalah negeri pertama yang buat kempen ni.. I'm proud to be a penangite! :D

Friday, May 6

Penunggu Istana : Real atau Tidak??

Istana Raja Bilah, Papan, Perak


buat pengetahuan korang semua.. aku sangat excited dengan entry aku kali ni.. mesti ada sesetengah korang yang dah menonton filem "Penunggu Istana" bukan? mesti korang tertanya-tanya sama ada cerita ni based on true story seperti yang diwar-warkan atau sebaliknya kan? aku sendiri pun tertanya-tanya.. secara jujurnya aku tak berminat dengan cerita ni.. tapi setelah kawan aku Chek Eyra ni bagi aku satu link mengenai filem di atas ni.. aku mula percaya yang cerita ni memang real..


So, aku pun mula search pasal istana yang diperkatakan ni.. nama istana ni ISTANA RAJA BILAH.. terletak di Papan, Perak.. wehhh!!! papan tu dekat sangat dengan rumah aku.. aku selalu pergi mandi air terjun kat papan tu.. tapi yang peliknya aku tak pernah pulak nampak istana tu.. dan baru aku tahu istana tu ada kat belakang deretan kedai yang selalu aku lalu kalau nak mandi air terjun kat situ.. dohhh! situ memang macam pekan yg orang tinggalkan.. tak ramai orang tinggal kat situ.. laluan nak ke air terjun pula memang akan lalu dekat kawasan jerat cina.. sumpah aku tak tipu! sekarang baru aku tau dan rasanya aku akan cuba ke sana bila balik Batu Gajah nanti.. hehe.. beranikan aku?


dengan berkat bertanya pada encik GOOGLE tentang kesahihan cerita ni.. ramai yang cakap cerita ni betul.. salah sorangnya blogger ini.. ini menguatkan lagi keinginan aku untuk menonton cerita ni walaupun dah dekat hujung-hujung.. entah-entah dah takde pun kat pawagam.. hahaha.. yang boleh membuatkan aku percaya adalah gambar-gambar yang disiarkan oleh blogger-blogger lain.. macam real je.. sila lihat gambar di bawah ni..




so dengan gigihnya aku pun mula membuat sedikit kajian.. cewahh! actually filem ni bukan la real pun atau dalam erti kata lain cerita ni TIPU.. yang part mati tu dah comfirm-comfirm la tipu.. kalau betul cerita ni based on true story sekitar tahun 2009.. dah tentu-tentu la akan jadi isu besar.. dan aku sebagai orang yang tinggal dekat-dekat area situ mesti tau pasal kematian ni.. haiyakk.. bukan aku saja-saja nak buat cerita.. sebab aku dah buat kajian.. hasil dari kegigihan aku dengan bertanya pada en GOOGLE.. ternyata ada pelakon yang melakonkan cerita ni.. tak percaya? sila tengok link ini.. hidup elok je budak ni.. sape kata dia dah mati? dan aku jugak jumpa Facebook profile pelakon-pelakon cerita ni..

so kesimpulan yang boleh aku buat adalah cerita ni adalah TIPU.. bukan cerita sebenar dan apa yang dikatakan based on true story tu just propa untuk menarik minat orang menonton.. pandai betul dorang buat strategi.. aku pun hampir-hampir percaya.. hilang terus keinginan untuk tengok cerita ni.. hahaha... kepada insan-insan yang percaya kononnya cerita ni real.. padan muka korang! korang dah kena kencing dowhhh!!! bwahahaha....


Click untuk tumbesaran :D



p/s : masa aku buat entry ni, aku sorang-sorang je kat ruang tamu.. seram gak rasa.. haishhh..